Aktiviti
bersukan merupakan aktiviti baik untuk kesihatan. sebagai siwa/siswi kita perlu
meluangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti bersukan. Hal ini kerana aktiviti
bersukan boleh menbantu kita untuk menjaga kesihatan. Kesihatan amat penting
kepada kita untuk melakukan kerja harian sebagai siswa dan siswi.
Terdapat
beberapa manfaat yang diperolehi melalui aktiviti bersukan, antaranya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Sebagai Siswa dan siswi boleh melakukuan aktiviti
bersukan seperti berbasikal, jogging, bermain bola sepak dan sebagainya.
Aktiviti tersebut akan mengeluarkan peluh dari tubuh kita. Kesannya siswa dan
siswi akan menjadi sihat dan cergas serta tidak lesu ketika belajar dalam
kuliah.
Siswa
dan siswi akan dapat mengisi masa lapang dengan sebaiknya. Dimana, dengan
kesibukkan kerja pelajar dapat mengambil sedikit masa untuk melakukan aktiviti
yang lebih berfeadah seperti bersukan. Aktiviti bersukan ini akan dapat
menghindari para pelajar dengan perkara-perkara di luar kawalan. Maklumlah,
siswa dan siswi semua jauh daripada
keluarga macam-macam perkara yang akan terjadi.
Semangat
perpaduan kaum akan dipupuk dengan melakukan aktiviti bersukan. Umum ketahui,
negeri sabah merupakan negeri yang menpunyai pelbagai kaum. Secara tidak
langsung aktiviti ini akan dapat mendekatkan lagi pelajar antara satu sama
lain. nilai perpaduan yang ditekankan akan tercapai jika aktiviti bersukan berjalan lancar.
Jelasnya,
aktiviti bersukan selain boleh menyihatkan kita, ia juga mampu memberikan
banyak feadah kepada kita untuk menjalankan aktiviti harian dengan selesa dan
sempurna tanpa ada masalah yang dihadapi.
Hafizul
bin ainoddin
Bc12110043
Tiada ulasan:
Catat Ulasan