Kerbau dan Ahli Sihir
Tersebutlah kisah seorang ibu dengan anak perawannya.
“Oh, ibu, engkau tinggal di sini dulu. Aku hendak
pergi menangkap ikan,” kata anak perawan itu kepada ibunya pada suatu hari.
Dua tiga kali ia menyauk jaringnya ke dalam air,
jaringnya pun penuhlah dengan ikan.
Dibawanya ikan-ikan itu pulang ke rumah lalu dimasak
serta dimakan habis kesemuanya oleh mereka.
Selepas makan, si Perawan itu berkata, “Oh Ibu, aku
hendak pergi menangkap ikan lagi.”
Setelah sekian lama,
namun tiada seekor pun ikan yang diperolehi. Sebentar kemudian, tiba-tiba ia
ternampak sesuatu di dalam lubuk yang keruh di sebelah hilir. Lalu ia pergi
melihat lebih dekat dan ia dapati seekor kerbau sedang berkubang di dalam
sungai itu.
“Duhai anak perawan. Dari manakah engkau?” Tanya si
Kerbau kepada si Perawan.
“ Oh Kerbau, aku dari rumah kami nun di sana. Aku ke
sini hendak menangkap ikan untuk menyara kehidupan kami, kerana tiada lagi cara
lain untuk mendapatkan makanan selain dari menangkap ikan,” kata perawan itu.
“Kalau begitu ambillah beberapa rantik kecil dan
pukullah hidungku,” kata Kerbau itu, “Tetapi janganlah kuat sangat.”
Lalu diambil oleh perawan itu beberapa ranting kayu
dan dipukulnya hindung sang Kerbau serta ditadahkan sebuah bekas. Lalu
keluarlah 44 jenis makanan yang mentah dan juga yang sudah sedia masak dari
hidung Kerbau itu. Lantas si Perawan pun duduk makan di situ.
Setelah makan, Kerbau itu berkata, “Jikalau engkau
hendak balik sekarang, pukullah dahulu hidungku ini seperti yang kau lakukan
tadi.”
Perawan itu pun menurut kata-kata si Kerbau, dan
seperti yang pertama tadi maka keluarlah makanan yang demikian banyak dari
hidung Kerbau itu. Si Perawan mengutiap kesemuanya, lalu dibawa pulang ke
rumah.
“Ibu, makanan ini
diberi oleh Sang Kerbau untuk kita. Dan inilah hasil yang aku perolehi,” kata
si Perawan.
Tidak lama kemudian, datanglah seorang ahli sihir ke
rumah si Perawan. Ahli sihir itu berkata, “Oh, sahabat, dari manakah kamu
perolehi makanan kamu ini?”
Sebaik saja si Perawan berkata demikian, ahli sihir
itu pun berkata sekali lagi, “Beritahu aku sekarang. Kalau tidak, engkau akan
kubunuh.”
“Baiklah. Sebenarnya begini. Ketika aku keluar pergi
menangkap ikan, aku telah terjumpa seekor kerbau yang sedang berendam di dalam
sungai. Kerbau itulah yang memberikan makanan itu kepadaku,” terang si Perawan.
“Oh, begitu ya,” jawab ahli sihir.
“Jika kamu berhasrat hendak meminta makanan, jangan
pula kamu bunuh kerbauku itu, sebab kerbau itulah saja yang akan menjadi tempat
aku meminta makanan selama-lamanya,” pinta si Perawan kepada ahli sihir.
Tidak sabar-sabar lagi, makan pergilah tujuh orang
ahli sihir ke tempat di Kerbau itu berada, sambil berlari-lari menuju ke
pangkalan untuk mencari kerbau yang
disebutkan.
Setibanya di sana, mereka pun masing-masing mengambil
kayu yang besar-besar belaka, lalu memukul hidung kerbau itu sehingga mati,
kemudian dimakan oleh para pengkhianat. Tulang-tulang kerbau itu mereka kumpul
dan diletakkan di tepi sungai.
Apabila mereka datang semula ke rumah si Perawan,
Perawan itu pun bertanya, “Sahabatku, adakah kamu makan kerbauku itu?”
“Oh sahabat, tidak! Kerabau kamu masih tetap ada di
sana.” Jawap salah seorang daripada ahli-ahli sihir.
Dengan segera di Perawan itu bergegas ke tempat si
Kerbau dan apa yang ia dapati? Cuma
tinggal tulangnya sahaja lagi yang berlonggok di tebing sungai. Kerbaunya telah
tiada.
Perawan itu pun menangis, dia pun memilih antara
tulang-tulang kerbau itu, diambilnya tulang yang putih lalu dibawanya ke sebuah
batu besar lantas diletakknya tulang itu di atas batu tersebut. Dia pun terjun
menyelam ke dalam sungai.
Tidak berapa lama kemudian ketika si Perawan sedang
menyelam, tiba-tiba ikan di dalam sungai itu menjerit-jerit. “Wahai Perawan,
keluarlah engkau, kerana engkau ini terlalu cantik dari kami,” kata seekor ikan
kecil.
Perawan itu pun keluar dari dalam sungai lalu
ternampak olehnya seorang jejak berdiri di atas batu besar tadi. Tulang kerbau
yang diletakkannya di atas batu itu telah berubah wujud menjadi seorang jejaka
yang kacak.
Jejaka kacak dan si Perawan itu pun saling jatuh
cinta, lalu mereka pun baliklah rumah. Bila diketahui oleh ahli sihir akan anak
muda itu, mereka pun bertanya, “Oh sahabat, dari manakah suami kamu ini?”
Pada mulanya si Perawan enggan memberitahu, tetapi
tukang sihir itu mengugut dengan berkata, “ Jikalau engkau tidak beritahu
nescaya engkau akan aku bunuh.”
Lalu si Perawan enggan memberitahu keadaan yang
sebenar. “Tulang kerabu kesayanganku yang kamu makan itu telah menjadi seorang
jejaka dan inilah dia,” kata si Perawan.
“Oh, begitu. Kami pun hendak tahu juga bagaimana
mendapatkannya,” kata tukang sihir itu.
“Oh, boleh. Pergilah ke tepi sungai dan pilihlah
tulang-tulang yang hitam dan berlumut di sana,” kata si Perawan.
Jadi, selepas makan, para ahli sihir itu pun pergi.
Apabila mereka sampai, mereka pun memilih tulang-tulang yang hitam dan berlumut
lalu meletakkannya di atas batu dan kemudian terjun menyelam.
Baru sebentar mereka berada di dalam sungai, maka
ikan-ikan di dalam sungai itu pun menjerit-jerit dan berkata, “Keluarlah kamu,
sebab kami akan memakan kamu.”
Para ahli sirih itu pun keluarlah dari sungai itu
dengan tergopoh-gapah. Dan apa yang mereka dapati? Tujuh orang gergasi berada
di tepi sungai. Tulang-tulang tadi bertukar menjadi gergasi-gergasi yang ganas.
Kata para ahli sihir itu, “Kita akan dimakan oleh
gergasi-gergasi itu.” Maka mereka pun berlari, namun gergasi-gergasi tadi tidak
berhenti mengejar selagi mereka belum berjaya memakan kesemua para ahli sihir
itu pun habis ditangkap dan dimakan oleh gergasi-gergasi itu.“Nah! Barulah kamu
tahu. Kamulah yang menjadi pengacau kami,” kata si Perawan. “Kamulah juga yang
memakan kerbau kesayanganku itu,” katanya lagi.
Para ahli sihir itu telah mati. Perawan dan jejaka
kacak itu pun hiduplah dengan senang, aman dan bahagia bersama ibu mereka.
Demikianlah Kisahnya...
Disediakan Oleh.
Geneva Jasmin