Khamis, 12 Disember 2013

PUISI UNTUK IBU

Wahai ibu,
Engkau telah melahirkan ku,
Menjagaku, membelaiku,
Tidak pernah mengenal penat lelah,
Memeluk dan menciumku.

Ibu,
Didikanmu membuatku mengenal susah payah mengharungi kehidupan,
Dalam setiap perjalanan hidupku, didikanmu mengajarku,
Menyusuri ruang-ruang kehidupan penuh noda dan cabaran,
Miskinpun susah, miskinpun payah,
Ku tempuhi dengan reda segala dugaan dari-Nya.

Ibu,
Segala pengorbananmu,
Melahirkanku, membesarkanku, mendidikku,
Membuatku lebih menghargai setiap titis air matamu,

Ibu,
Ampunkan  dosa dan salahku sekiranya menyakitimu,
Sepanjang hidupanmu, akanku tebus segalanya,
Agar sinar sentiasa ada di hari seterusnya.

Ditulis oleh
calista nadia lusin






Tiada ulasan:

Catat Ulasan