Khamis, 12 Disember 2013

MANUSIA YANG BERDOSA

Manusia,
Dari setiap perbuatanmu,
Lahirlah insan yang tidak berdosa,
Namun dihapuskan demi melindungi maruahmu,
Itulah menusia yang tidak mengenal neraka.

Manusia,
Tidakkah kamu tahu,
Perbuatanmu menyeksanya,
Namun begitu,
Doanya sentiasa mengiringmu,
Untuk kamu yang bernama ayah dan ibu.

Manusia,
Walaupun haiwan tidak mempunyai fikiran,
Tetapi mereka lebih layak hidup dari kamu,
Lebih mengenal erti kasih sayang,
Menjaga dan melindungi anaknya.

Wahai manusia,
Hentikanlah segalanya,
Agar iman tidak tercela,
Tidak membunuh bayi yang tidak berdosa.



gambar pembuangan bayi yang dilakukan 
oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan


ditulis oleh,
calista nadia lusin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan