Khamis, 31 Oktober 2013

SEMARAKKAN BAHASA KEBANGSAAN 2013

Pada 26, oktober, 2013- Universiti Malaysia Sabah iaitu Sekolah Pengajian Seni telah berkerjasama membuat persembahan di 1 Borneo dalam memertabatkan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Malaysia. Ini adalah salah satu pengalaman saya dimana, pertama kali membuat persembahan dalam bidang nyanyian di 1 Borneo. Walaupun saya sememangnya sudah biasa bernyanyi dihadapan orang ramai namun, persembahan dalam nyanyian di 1 Borneo adalah pertama kali bagi saya.
Saya percaya kawan-kawan sekelas saya, tidak kira dari Sabah atau Semenanjung juga ada yang  pertama kali membuat persembahan di 1 Borneo pada masa itu. Antara persembahan yang dipersembahakan pada masa itu ialah sketsa lakonan, tarian, berpantun, bersyair, dan nyanyian. Persembahan yang dilakukan pada masa itu sangat meriah dan mesej-mesej setiap bait atau kata-kata yang disampaikan oleh si pembuat persembahan dapat memberikan mesej yang jelas kepada penonton.
Oleh itu kita sebagai rakyat seharusnya memertabatkan bahasa sendiri sebelum menggunakan bahasa kedua ataupun bahasa ketiga. Walaupun bahasa kedua kita juga penting namun bahasa Malaysia tidak seharusnya dilupakan.



bergambar dengan kawan sebelum membuat persembahan


salah satu contoh gambar, semasa berada di 1 Borneo

Isnin, 28 Oktober 2013

Ulasan Anjuran Forum Filem Bersama David Teo

Anjuran Forum Filem Bersama David Teo.

Sabtu 14 September lalu - Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan satu forum filem dengan seorang pengeluar filem Malaysia yang terkenal iaitu, David Teo yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Metrowealth International Group (MIG). Anjuran forum ini diadakan pada 21 September 2013 bersamaan hari Sabtu,jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah.

Anjuran program seperti ini sangat membantu pelajar Sekolah Pengajian Seni (SPS) untuk menjalinkan kerjasama mereka dalam pertukaran dan perkongsian kepakaran antara pensyarah dan pelajar seni yang terlibat secara langsung dalam industri kreatif sebagai laluan kerjaya dan untuk memastikan peluang pelajar SPS sentiasa terbuka untuk latihan di organisasi seni prolifik itu, serta mewujudkan persaingan dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan graduan lain dalam pasaran kerja di masa akan datang.


Dalam forum itu, Dr Zairul Anuar Mohd Dawam sendiri sebagai, Penyelaras Program berkata forum khas ini dengan David Teo dan peminat teater akan membolehkan perkongsian idea dan cabaran dalam industri filem serta meningkatkan persaingan perniagaan. Beliau berkata pengeluar filem ini terkenal dengan sikap keterbukaan dalam menyuarakan pendapat dalam beberapa isu-isu perfileman. Antaranya ialah beliau mengulas beberapa bantahan beliau terhadap penghapusan serta pulangan duti hiburan kepada pengeluar, menjual filem-filem baru di Astro First. Perkara ini telah dibincangkan dalam forum terbuka dan secara tidak langsung terdapat banyak perkongsian yang dapat menaikkan semangat pelajar dalam perfileman.


Gambar : Forum perfileman bersama David Teo dan pelajar sekolah pengajian seni(UMS) 


Disediakan Oleh: Elisabetah Maillin

Sabtu, 26 Oktober 2013

Bantuan Mangsa Kebakaran Kg Numbak


Jumaat, 04 oktober- Universiti Malaysia Sabah bersama Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah telah turun ke Kg Numbak, bagi melihat mangsa yang tinggal sehelai sepingan akibat daripada kebakaran tempoh hari.

Keprihatinan Universiti Malaysia Sabah dengan nasib mangsa di Kg Numbak,pihak  UMS telah menbawa sedikit sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam  kebakaran. Sumbangan yang tidak seberapa  diberikan  adalah untuk meringankan beban mangsa yang terlibat dalam kebakaran.


Selain daripada itu UMS juga menberi sumbangan dalam bentuk makanan, pakaian, sejadah dan keperluan harian. Sumbangan tersebut adalah hasil yang dikumpul oleh kakitangan dan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. Dengan sumbangan tersebut kami di UMS berdoa kepada mangsa supaya tabah untuk menepuh hari-hari akan datang.

Disediakan oleh:
Hafizul Bin Ainoddin

Khamis, 24 Oktober 2013

Kesederhanaan Dalam Ibadah Korban



Khamis, 17 Oktober, Universiti Malaysia Sabah “ Dalam melaksanakan ibadah korban pada masa yang sepatutnya kita hendaklah sentiasa mempunyai hati yang ikhlas baharulah apa yang kita laksanakan itu tidak sia-sia”.
Demikian ucapan seorang ustaz iaitu Ustaz Md. Razali Bin. Saidin dari Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid Universiti Malaysia Sabah yang turut hadir bersama dalam melaksanakan ibadah korban pada hari itu. Beliau mencuri beberapa minit untuk mengingatkan para penyumbang yang terlibat dalam ibadah korban pada hari itu agar ikhlas dan tidak mengungkit apa yang telah diberikan. Dalam ibadah korban yang sebenarnya, kita bukanlah mengorbankan wang ringgit malah kita perlu mengorbankan hawa nafsu kita dan yang paling penting kita melakukan ibadah korban hanyalah kerana Allah S.W.T.
“ Seluruh umat Islam wajib mengetehui bahawa ibadah korban adalah merupakan ibadah yang sangat mulia disisi Allah S.W.T dan ianya bertujuan untuk mendekatkan lagi diri kepada-Nya. Sesungguhnya fadhilat serta kelebihan ibadah korban ini amatlah besar bagi mereka yang melaksanakan perintah Allah S.W.T”.
Ulas beliau lagi, dalam melaksanakan ibadah korban ini wang ringgit bukanlah segala-galanya dan bukan ukuran dalam beribadah. Ikhlas tidak perlu ditunjuk-tunjukkan di khalayak dan tidak perlu dibuat pengumuman kerana ikhlas itu diam dan tidak menunjuk-nunjuk. Jadi, biarlah kita bersedekah secara bersederhana sahaja yang pasti ibadah kita diterima.
Jesteru itu, beliau sangat berharap agar para penyumbang pada hari ini tidak berasa asing dan dapat meluangkan masa untuk turut bersama-sama dalam ibadah korban ini. Sekiranya mereka turut serta bersama-sama bertakbir semasa proses penyembelihan dilakukan, ibadah korban ini lebih afdal dan dapat menghayati sendiri erti korban yang sebenar.
Disediakan oleh:
Muhamad Azizan Bin Alias



Selasa, 22 Oktober 2013

Program UMS bersama Biro Tatanegara

Pada tarikh 18-20/10/2013

Satu Program Latihan Transformasi Negara telah di anjurkan oleh Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri bersama Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar. Program ini merupakan Kem Kemahiran Insaniah pelajar UMS SEJATI yang bertempat Membakut Lake Eco Resort. Seramai 114 orang peserta terlibat, 5 orang Pegawai Pusat Kokurikulum dan 5 orang Pegawai Biro Tatanegara.

Program ini merupakan satu pengalaman baharu kepada setiap peserta yang mengikut Kem Insaniah. Ini disebabkan program ini sangat membina disiplin setiap peserta. Antara aktiviti yang dijalankan ialah perbarisan, kembara, latihan dalam kumpulan dan lain-lain.


 antara peserta Kem Isaniah



Disediakan oleh;
Geneva Jasmin




































Isnin, 21 Oktober 2013

PENGALAMAN SEBAGAI PELAKON

Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi ia hendaklah dirasakan sendiri. Apakah pengalaman yang paling manis buat anda?  Ini adalah pengalaman saya buat pertama kali menjadi pelakon utama dalam sesuatu filem pendek. Sememangnya memenatkan tetapi pengalaman dan dapat merasakan sesuatu yang baru itu lebih mahal.
Dalam filem pendek ini, Sekolah Pengajian Seni dari kos seni visual telah mengambil saya sebagai pelakon dan memegang watak sebagai Mery. Mery mery mempunyai sahabat yang baik sejak dari kecil iaitu  Sasa. Namun setelah mereka besar, pekerjaan mereka berdua ialah penjual dadah. Mereka telah berjanji untuk bersama setiap masa namun, pada suatu hari Mery telah menghianati persahabatan dengan mengambil keputusan untuk menjual dadah sendirian. Sasa sangat marah setelah mengetahui tentang perkara itu dan berniat untuk menculik dang membunuh Mery. Sasa mengupah John untuk menculik Mery. Mery kemudian dirogol oleh John dan dibunuh oleh Sasa. Mery  ditanam ditempat yang sunyi, namun selepas itu Sasa dibunuh John kerana tidak puas hati dengan Sasa yang lambat membayar upahnya.
Didalam produksi ini mempunyai banyak ahli, diantaranya ialah ajk teknikal, lighting, mekap artis, bahagian pengarah, editing, dan banyak lagi. Semua ahli didalam produksi ini memberikan komitmen yang tinggi. Disamping diberi penilaian olh pensyarah sendiri untuk mendapat gred dalam keputusan peperiksaan akhir, filem pendek ini juga dipertandingkan dan dinilai oleh artis yang terkenal iaitu KRU, David Teo dan sebagainya. 

gambar pelakon Sasa dan Mery

pelakon dan crew bergambar bersama

crew dan pelakon

gambar ahli-ahli produksi

Dikarang oleh,
Calista Nadia Lusin 


Ahad, 20 Oktober 2013

AKTIVITI BERSUKAN


Aktiviti bersukan merupakan aktiviti baik untuk kesihatan. sebagai siwa/siswi kita perlu meluangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti bersukan. Hal ini kerana aktiviti bersukan boleh menbantu kita untuk menjaga kesihatan. Kesihatan amat penting kepada kita untuk melakukan kerja harian sebagai siswa dan siswi.

Terdapat beberapa manfaat yang diperolehi melalui aktiviti bersukan, antaranya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Sebagai  Siswa dan siswi boleh melakukuan aktiviti bersukan seperti berbasikal, jogging, bermain bola sepak dan sebagainya. Aktiviti tersebut akan mengeluarkan peluh dari tubuh kita. Kesannya siswa dan siswi akan menjadi sihat dan cergas serta tidak lesu ketika belajar dalam kuliah.

Siswa dan siswi akan dapat mengisi masa lapang dengan sebaiknya. Dimana, dengan kesibukkan kerja pelajar dapat mengambil sedikit masa untuk melakukan aktiviti yang lebih berfeadah seperti bersukan. Aktiviti bersukan ini akan dapat menghindari para pelajar dengan perkara-perkara di luar kawalan. Maklumlah, siswa dan siswi  semua jauh daripada keluarga macam-macam perkara yang akan terjadi. 

Semangat perpaduan kaum akan dipupuk dengan melakukan aktiviti bersukan. Umum ketahui, negeri sabah merupakan negeri yang menpunyai pelbagai kaum. Secara tidak langsung aktiviti ini akan dapat mendekatkan lagi pelajar antara satu sama lain. nilai perpaduan yang ditekankan akan tercapai jika aktiviti bersukan berjalan lancar.

Jelasnya, aktiviti bersukan selain boleh menyihatkan kita, ia juga mampu memberikan banyak feadah kepada kita untuk menjalankan aktiviti harian dengan selesa dan sempurna tanpa ada masalah yang dihadapi.

Hafizul bin ainoddin
Bc12110043


PERKHIDMATAN UNIT MEDIA dan TEKNOLOGI PELAJAR (UMTP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)


Unit media dan teknologi pelajar (UMTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan di UMS ini bukanlah disengaja-sengajakan, ianya mempunyai tujuan dan matlamat tertentu bagi melancarkan perjalanan pertadbiran, pembelajaran, kerja-kerja penyelenggaraan berkaitan teknologi dan multimedia dan sebagainya yang berkaitan UMS. Dalam memastikan semua sektor atau bahagian dibawahnya memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan bermutu tinggi dan terbaik UMTP membahagikan tugas kepada dua bahagian iaitu yang pertama bahagian infrastruktur dan yang kedua bahagian pengurusan maklumat.
Tugas bahagian infrastruktur terbahagi kepada dua pula iaitu sektor operasi sistem dan sektor teknologi. Dalam sektor operasi sistem ini ia bertanggungjawab menjaga seksyen sistem keselamatan dan seksyen rangkaian dan komunikasi. Dalam melaksanakan tugas yang melibatkan seluruh warga UMS tidak kira daripada pelajar sehinggalah kepada kakitangan yang berkhidmat di UMS, bahagian inilah yang bertanggunggjawab dalam menyediakan dan menyelenggara sistem rangkaian komputer  seluruh kampus, selain memastikan keselamatan rangkaian kampus adalah terpelihara. Dalam seksyen ini juga, para petugas harus memberi khidmat nasihat teknikal mengenai pengkabelan (LAN/Wireless) yang sedia / baru kepada PTJ yang membuat pengubahsuaian ruang dan IP Address penyediaan spesifikasi teknikal dan pemantauan projek yang berkaitan untuk keperluan universiti.
Dalam bahagian sektor teknologi pula ianya bertanggungjawab dalam dalam mengawal gerak kerja dalam seksyen Komputer dan Perisian dan dalam seksyen Teknologi Pendidikan. Para pekerja yang berada dibahagian sektor teknologi  diberi tanggungjawab untuk membuat perancangan perolehan dan pengagihan komputer, pencetak, pengimbas, menaiktaraf sistem pengoperasi, sistem aplikasi dan sebagainya. Para pekerja yang diambil dibahagian ini berkebolehan dalam memberikan bantuan teknikal dalam penyelesaian masalah yang berkaitan dan penyediaan spesifikasi perkakasan komputer dan peralatan sokongan serta sistem aplikasi  atau perisian untuk penilaian teknikal. Antara tugas-tugas kakitangan di sektor ini termasuklah:
·         Penyelenggaraan komputer secara berjadual.
·         Menyediakan perkhidmatan peminjaman komputer.
·         Memberi perkhidmatan instalasi perisian dan memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan komputer dan peralatan sokongan hak milik penuh universiti atau sewaan oleh universiti.
Selain itu, dalam seksyen Teknologi Pendidikan pula bertanggungjawab dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bantuan dalam menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) selain mengatur sesi latihan penggunaan peralatan untuk tenaga pengajar akademik (bagi yang memerlukan) dan menyediakan spesifikasi dan membuat penilaian teknikal ABM. Ia juga bertanggungjawab dan wajib memberi pinjaman ABM kepada PTJ yang memerlukan.
Selain itu, tugas dan tanggunggjawab bahagian pengurusan maklumat pula terbahagi kepada dua iaitu Sektor Aplikasi Pentadbiran dan Sektor Aplikasi Akademik. Dalam sektor aplikasi pentadbiran terdapat beberapa seksyen yang membantu menggerakkan kerja dalam aplikasi pentabiran iaitu seksyen Sistem Maklumat Sumber Manusia dan Eksekutif. Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat untuk kegunaan pihak pengurusan sumber manusia. Dalam Seksyen Maklumat Kewangan, seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat kewangan bersepadu untuk kegunaan pihak pengurusan kewangan universiti. Seksyen Maklumat Perpustakaan bertanggungjawab terhadap sistem maklumat perpustakaan
Seterusnya, dalam sektor Aplikasi Akademik terdapat dua seksyen yang membantu menjalankan dan melicinkan perjalanan kerja di sektor ini iaitu seksyen Sistem Pengurusan maklumat pembelajaran  dan seksyen Multimedia. Seksyen sistem pengurusan maklumat pembelajaran bertanggunggjawab membuat perancangan dan memastikan learning management system (LMS) berjalan dengan lancar dan juga menyelenggara  LMS untuk memantapkan lagi fungsi-fungsinya. Dalam seksyen multimedia pula diberi tugas untuk membangunkan teknologi multimedia termasuklah penghasilan media video dan multimedia interaktif.

Secara keseluruhannya, kesemua sektor dan seksyen ini mempunyai peranan dan tugas masing-masing dalam membantu jabatan-jabatan mewujudkan sistem aplikasi untuk tujuan mencekapkan lagi pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, apabila pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti sudah tentu hasil yang dapat diperolehi memuaskan bagi memenuhi dan cita rasa dunia yang semakin berteknologi tinggi serta memudahkan warga menikmati perkhidmatan yang berkaitan dengan UMTP terutamanya daripada kalangan pelajar UMS.

muhamad azizan bin alias
bc 12110088

Selasa, 15 Oktober 2013

Pengenalan

Selamat Sejahtera semua..
Kami dari kumpulan Jurnalistik Mentari.