Khamis, 28 November 2013

PROVOKASI DALAM PENULISAN



Pada 19.4.2013 telah diadakan program ‘sembang kopi’ yang berlangsung di Sekolah Pengajian Seni (SPS). Dalam program ‘sembang kopi’ SPS yang diadakan kali ini membincangkan perkara tentang ‘Provokasi Dalam Penulisan’. Provokasi mengikut kamus dewan edisi keempat adalah bermaksud sesuatu penyebaran berita atau maklumat yang bersifat hasutan, perbuatan yang membangkitkan kemarahan, minat, menimbulkan, mencetuskan dan sebagainya. Secara tuntasnya, provokasi boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu provokasi positif dan provokasi negatif.
Senjata yang paling tajam dan berbisa sekali adalah media penulisan berbanding dengan peralatan senjata yang lain kerana ia mampu mempengaruhi pemikiran publik melalui penulisan yang kreatif dengan cara idealisme. Melalui media penulisan yang menyentuh isu perkauman kaum boleh menyebabkan boleh menyebabkan berlakunya perbalahan antara kaum. Oleh itu, dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi yang semakin maju lebih membantu pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuat provokasi peperangan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac 2013 dengan bersumberkan maklumat yang tidak benar sehinggakan penduduk-penduduk tempatan Sabah mahupun orang dari semenanjung yang tinggal dan juga pelajar yang belajar di Sabah berasa terancam dan takut dengan provokasi yang dilakukan melalui laman sesawang iaitu laman Muka Buku, Twitter, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan sebagainya.
Oleh itu, provokasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah adalah provokasi negatif. Kesan-kesan provokasi negatif terhadap pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu adalah telah memberikan kesan kepada ekonomi persekitaran. Akibat daripada provokasi yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab banyak kedai-kedai yang berdekatan kawasan pencerobohan berlaku telah ditutup kerana bimbang akan keselamatan dan juga kerugian yang lebih besar terpaksa ditanggung oleh mereka. Oleh itu, ramai penduduk di kawasan berhampiran terputus bekalan makanan dan menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan daripada pihak yang berwajib untuk menghantar bekalan makanan kepada mereka. Ada juga yang telah berpindah ke rumah saudara yang lebih selamat untuk berlindung buat sementara waktu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga masing-masing
Selain itu, dalam kesan sosial pula, provokasi ini telah memberikan impak yang buruk kepada mahasiswa dan mahasiswi yang datang dari negeri-negeri semenanjung mahupun dari Sabah sendiri contohnya yang menuntut di Universiti Malaysia (UMS) Sabah, kampus Labuan Sandakan. Pelajar-pelajar tersebut terpaksa dipindahkan ke kampus induk UMS dan kampus di Labuan juga telah ditutup bagi menjamin keselamatan para pelajar tersebut. Oleh itu, kesan daripada perkara ini telah menyebabkan proses pembelajaran para pelajar.
Oleh hal yang demikian, para mahasiswa dan mahasiswi perlulah berfikiran terbuka atau berfikir secara kritis dalam menerima Sesuatu provokasi yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini agar para pelajar dapat menghadapi masalah ini. Mahasiswa adalah merupakan agen keamanan dan keharmonian sesebuah  organisasi atau Negara. Dengan berfikir secara krtis, mahasiswa dapat memikirkan sesuatu yang terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan secara terburu-buru demi keselamatan diri dan Negara.

 Disediakan oleh: Muhd Azizan

EKSPO DALAM KURSUS ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (APK)


Ahad, 17 November – Aktiviti keusahawanan memang begitu penting dan ianya juga merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta mampu membawa negara menjadi kelas pertama dengan mengawal ekonomi dengan bijak. Oleh itu, golongan belia sangatlah bersesuaian dan sangat digalakkan untuk mendalami dan menceburi sendiri bidang yang berkenaan pada peringkat awal lagi bagi menimba ilmu serta pengalaman yang secukupnya sebelum bergiat aktif secara besar-besaran dalam dunia keusahawanan agar mencapai keuntungan yang sepatutnya. Dalam dunia perniagaan ini sangatah memerlukan pengalaman secara langsung yang bermula dari peringkat bawah lagi.
Sebagai langkah permulaannya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyedari hakikatnya bahawa kepentingan-kepentingan dalam bidang ini sangat berguna kepada para pelajar universiti sekali gus mewajibkan semua pelajar pada peringkat prasiswazah mengambil kursus asas pembudayaan keusahawanan (APK). Tujuan pihak UMS melaksanakan kursus APK ini adalah untuk menggalakkan aktiviti keusahawan dalam kalangan para siswa-siswi universiti agar menjadi aktiviti sampingan atau menjadi kerjaya masing-masing apabila bergraduasi nanti.
Penyertaan dalam kursus APK ini ianya tidak terhad kepada pelajar jurusan perniagaan sahaja, malah kursus ini semangnya wajib kepada pelajar jurusan lain seperti bidang Sains dan Sastera bagi memenuhi keperluan syarat ijazah. Dalam kursus APK ini ianya akan mengadakan Ekspo APK bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalankan perniagaan dengan menjual hasil keluaran mereka sendiri sebagai implementasi terhadap teori dalam asas keusahawanan yang telah dipelajari di dalam kelas.
Oleh itu, dengan mengikuti kursus APK, jelas mampu mendedahkan para siswa-siswi kepada persekitaran perniagaan yang sebenar yang semakin luas dan mencabar apabila permintaan pada masa ini memaksa para usahawan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Sehubungan itu, orang ramai sangat penting dalam menjayakan ekspo tersebut bagi menyokong hasil keluaran kreatif dan inovatif para pelajar untuk diniagakan. Antara yang diniagakan termasuklah barangan kreatif hasil usahasama dan inovasi daripada mahasiswa UMS.

Disediakan oleh:

M. AZIZAN

PERASMIAN TAMU GADANG MAJLIS KONVOKESYEN KE- 15


Jumaat, 22 November – Tamu Gadang Majlis Konvokesyen Ke- 15 dengan jayanya dan berjalan seperti yang dirancang oleh pihak pengurusan UMS dengan bangganya dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin telah Berkenan merasmikan Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke- 15 yang berlangsung pada hari isnin.
Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin yang juga merupakan Canselor UMS telah mennyempurnakan perlafasan perasmian semalam adalah berlangsung di Padang Kawad PALAPES yang merupakan juga lokasi berlangsungnya Tamu Gadang iaitu sehingga 25 November 2013. Para jemputan yang terut sama menjaya dan memeriahkan serta pelancaran majlis perasmian Tamu Gadang ialah Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni, yang merupakan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi sebagai Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah juga sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Datuk Dr. Hj Kasim Md Mansur dan Pegawai-Pegawai Utama UMS. Tanpa sokongan yang padu daripada pihak di atas, majlis ini tidak akan dapat berjalan selancar ini. Walaupun semua di atas terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, namun demi menjayakan majlis ini mereka sanggup mengorbankan masa mereka.
Pertama sekali, Datuk Dr. Hj Kasim dalam ucapannya berkata dengan penuh perasaan yang gembira dari raut wajahnya, Tamu Gadang pada kali ini sangat meriah dan berlainan daripada yang biasanya diadakan. Katanya lagi, hal ini berkemungkinan Tamu Gadang pada kali ini di adakan di tempat yang baru dan kawasan yang lebih luas serta dapat memasukkan pelbagai sajian aktiviti yang menarik yang secara langsungnya menarik perhatian orang ramai.
Ujarnya lagi, penganjuran yang menjadikan pelajar itu sendiri sebagai pengendali utama juga sangat menepati citarasa dan bertepatan dalam memastikan meningkatkan nilai kemahiran insaniah dalam diri seseorang mahasiswa mahupun mahasiswi. Dengan penglibatan para pelajar dalam proses penganjuran sesuatu aktivit atau program sekali gus melahirkan graduan yang berdaya saing dan berminda kelas pertama serta dapat memenuhi kehendak negara kita pada hari ini yang sangat memerlukan para graduan yang serba boleh.
  Selain itu, antara aktiviti yang diadakan semasa Tamu Gadang berlangsung termasuklah pameran kereta dan motor berhias, Family Cycling, pertandingan memancing dan banyak lagi. Tamu Gadang tahun ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Ana Rafali, LanThe Typewritter, Felix Agus, Velvet AF, Nelly Sakura, Fiq Mentor, Fitri Harris, Heliza AF, Ray Juara Bintang RTM, Muaz dan Lotter AF. Dengan aktiviti dan kehadiran para artis ini sangat berpengaruh dalam menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi Tamu Gadang.
Seterusnya, kira-kira 200 gerai pameran dan jualan turut disediakan kepada pengunjung dan graduan yang bergraduasi pada tahun ini. Pada pandangan Datuk Dr. Hj Kasim, Tamu Gadang pada kali ini pastinya tidak akan mengecewakan para pengunjung yang menghadiri Tamu Gadang pada Kali ini.


Disediakan oleh:
M. Azizan

Rabu, 27 November 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG BELIA 1MALAYSIA

Pada 22hb dan 23hb november 2013 pusat kokurikulum Universiti Malaysia Sabah telah bertolak ke Tenom untuk menjalankan aktiviti gotong royong. Universiti Malaysia sabah telah bekerjasama dengan Pusat Kebudayaan Rumah Murut Tenom Sabah dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. terdapat dua kumpulan dari pusat kokurikulum yang berlainan bergabung dalam menjayakan aktiviti ini, iaitu daripada tarian sabah dan tarian rakyat. Tarian sabah mempunyai dua seksyen iaitu seksyen satu dan dua. Begitu juga dengan tarian rakyat, tarian rakyat juga mempunyai dua seksyen. Seeramai 168 orang pelajar yang telah mengikuti aktiviti ini, belum termasuk para pengajar dan pemandu bas yang lain. namun terdapat sesetengah pelajar yang tidak dapat datang kerana mempunyai masalah yang tersendiri.
Kami telah bertolak dari Universiti Malaysia sabah ke Tenom pada pukul 2.00 petang dan telah tiba di rumah kebudayaan murut pada pukut 7.00 malam. Setibanya kami disitu, kami telah disuruh berkumpul didalam dewan auditorium untuk mendengar sedikit taklimat berkenaan dengan rupah pusat kebudayaan murut tersebut. pada masa itu juga kami telah diberikan kumpulan untuk melakukan tugas yang berlainan pada keesokan harinya. Setiap kumpulan juga telah diberikan nama kumpulan mengikut sub etnik kaum murut.
Keesokan harinya kami telah berkumpul bersama-sama semula pada pukul 6.45 pagi untuk melakukan senamrobik. Senamrobik tersebut dikendalikan oleh pengajar dari tarian rakyat. Selesai aktiviti senamrobik ini kami diberikan sarapan pagi. Tepat jam 7.30 pagi aktiviti gotong-royong telah dijalankan beramai-ramai. Terdapat 8 kumpulan yang berlainan, dan setiap kumpulan diberikan tugasan yang berlainan. Ada yang memotong rumput, membersihkan longkang, membersihkan rumah kebudayaan murut tersebut, mengangkat barang dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga demonstrasi daripada bomba dan penyelamat. Pihak bomba dan penyelamat telah datang ke rumah kebudayaan murut tersebut untuk memberikan demonstrasi begaimana memadam api yang tengah marak. Dan seterusnya mengajar menggunakan alat pemadam api.
Selesai aktiviti gotong royong semua pelajar telah diberikan rehat selama sejam dalam membersihkan diri sekali gus makan tengah hari. Petang itu tepat jam 3.00 petang kami disuruh berkumpul semula untuk menjalankan majlis penutupan. Majlis penutupan ini dimeriahkan lagi dengan persembahan penari daripada pusat rumah kebudayaan murut itu sendiri dan para pelajar yang dipilih untuk membuat persembahan peda petang tersebut. majlis penutupan berakhir pada pukul 5.00 petang.sesi bergambar telah dijalankan beramai-ramai dan tepat jam 6.00 petang semua orang telah menaiki bas untuk pulang ke kolej kediaman masing-masing.






gambar bersama dengan kawan-kawan yang telah menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

dikarang oleh,
Calista Nadia Lusin

Selasa, 26 November 2013

Majlis Perarakan Berjubah Graduan Universiti Malaysia Sabah(UMS).


UMS Mengangkat Tema Universiti Dan Komuniti - Kesepaduan Demi Kedaulatan Negara..

RABU, 20 NOVEMBER – Majlis Perarakan Berjubah Graduan Universiti Malaysia Sabah(UMS) telah menjadi suatu tradisi tahunan setiap kali Majlis Konvokesyen Universiti tiba. Majlis Perarakan Berjubah Graduan Universiti Malaysia Sabah ini telah berlangsung selama sehari, yang bertempat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Perarakan ini telah dirasmikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Datuk Abidin Mandingkir dengan jayanya.
Perarakan lintas langsung bermula pada jam 9.00pagi dari Dewan Masyarakat Kota Kinabalu ke Bangunan Dewan Bandaraya kota Kinabalu sejauh 0.8 kilometer. Pada majlis perarakan itu, seramai 65 wakil graduan universiti yang berarak diiringi anggota Pasukan Latihan Simpanan UMS (PALAPES) yang terdiri daripada Palapes Darat, Palapes Laut,Palapes Udara, Kor Sukarelawan Siswa-Siswi (SUKSIS) serta Kumpulan Pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Perarakan Majlis Berjubah ini yang membawa tema Universiti dan Komuniti- Kesepaduan Demi Kedaulatan Negara, memperjelaskan betapa kita mempunyai peradaban yang tinggi dengan membawa simbol keutuhan dalam ketamadunan dan simbiosis terhadap anjakan paradigma dan variasi hikmah dalam mengeratkan tali silaturrahim, disamping memantapkan keharmonian dan kesarjanaan, serta kemajuan modal insan untuk sektor pembangunan kepada bandaraya Kota Kinabalu. Tambahan itu, perarakan ini menonjolkan pengukuhan dalam pendidikan kewarganegaraan dan semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh pasukan badan beruniform dalam Majlis Perarakan ini.
Menurut ucapan Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), majlis perarakan tersebut bukanlah sebagai satu pesta untuk menunjuk-nunjuk atau membuang masa, sebaliknya ianya adalah langkah-langkah yang membawa suatu mesej yang jauh lebih mendalam ke arah kebaikan dan kesepakatan universiti dan komuniti demi kesejahteraan generasi akan datang.
Dengan penganugerahan Replika Kunci sebagai simbolik keizinan dalam pembangunan dan kemajuan bandaraya Kota Kinabalu daripada DBKK kepada graduan Universiti ini diharapkan agar dapat bersama-sama memajukan Negara dalam pelbagai aspek serta memperkasakan kemajuan sektor akademia, sektor industri, awam dan sebagainya bagi menghasilkan modal insan yang berpendidikan. 

koleksi Gambar Sempena Majlis Perarakan Brjubah Graduan UMS 2013
Perarakan bermula melalui Jalan Pantai, Bandaraya Kota Kinabalu


Perarakan di Bandaraya Kota Kinabalu
Ucapan alu-aluan daripada Naib Cancelor
Badan Beruniform PALAPES LAUT dan UDARA yang turut berarak pada acara itu.
Disediakan Oleh : Elisabeth Maillin

Penganjuran Tamu Gadang Merapatkan Silaturrahim Pelajar UMS Dengan Masyarakat


ISNIN, 25 NOVEMBER - Sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah(UMS)  Penganjuran Tamu Gadang merupakan salah satu komponen yang paling  penting dalam agenda Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah(UMS). Di mana penganjuran Tamu Gadang pada tahun ini berlangsung selama lima hari berturut-turut iaitu, pada 21 November 2013 (Khamis) sehingga 25 November 2013 (Isnin). Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah(UMS) kali ke-15 pada tahun ini telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin.

Sempena berlangsungnya tamu gadang ini, pelbagai aktiviti yang telah diselitkan pada setiap hari, secara berturut-turut yang berlangsung selama lima hari. Dengan disajikan pelbagai aktiviti yang menarik pada hari Tamu Gadang ini, serta merta mampu menarik ribuan pengunjung disamping mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga kampus dan penduduk sekitar Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang Tamu Gadang berlangsung ialah Kampus Ikon UMS, Cosplay Animasi, Pertandingan mewarna, Pertandingan Morden Dance, Demontrasi PDRM Dan Unit-Unit Khas, Pameran kereta berhias “family Cycling”, dan penampilan artis-artis tanah air seperti Ana Rafali, Lan The Typewritter, Felix Agus, Velvet AF, Nelly Sakura, Muas, Lotter AF dan banyak lagi yang datang memeriakan malam Tamu Gadang Kali Ke-15 pada tahun ini.

Kemeriahan Tamu Gadang ini secara tidak langsung merapatkan silaturrahim diantara para pelajar dengan masyarakat. Semasa berlangsungnya Tamu Gadang ini, salah seorang penggerai sempat di temuramah, di mana penggerai berasa teruja setiap kali Majlis Konvokesyen UMS diadakan. “penganjuran Tamu Gadang adalah sesuatu yang ditunggu oleh kami sebagai para peniaga dan pengunjung untuk bertandang ke Universiti Malaysia Sabah(UMS) disamping perpeluang merasai persekitaran institusi ilmu yang gah.” katanya. Beliau juga mengatakan Tamu Gadang dilihat sebagai salah satu acara yang dapat merapatkan jurang diantara masyarakat dan institusi ilmu. Beliau juga turut berpendapat sekiranya acara Tamu Gadang dimasukkan ke dalam kalender acara perlancongan tahunan Sabah, beliau percaya acara Tamu Gadang UMS akan lebih meriah dan mendapat sambutan yang luar biasa.

koleksi Gambar Sempena Tamu Gadang UMS Kali 
Ke-15 2013.



Suasana Tamu Gadang UMS


Cosplay Animasi
Disediakan Oleh : Elisabeth Maillin

Cerita Rakyat Orang Sungai Tombonuwo


Kerbau dan Ahli Sihir

Tersebutlah kisah seorang ibu dengan anak perawannya.
“Oh, ibu, engkau tinggal di sini dulu. Aku hendak pergi menangkap ikan,” kata anak perawan itu kepada ibunya pada suatu hari.
Dua tiga kali ia menyauk jaringnya ke dalam air, jaringnya pun penuhlah dengan ikan.
Dibawanya ikan-ikan itu pulang ke rumah lalu dimasak serta dimakan habis kesemuanya oleh mereka.
Selepas makan, si Perawan itu berkata, “Oh Ibu, aku hendak pergi menangkap ikan lagi.”
Setelah sekian lama, namun tiada seekor pun ikan yang diperolehi. Sebentar kemudian, tiba-tiba ia ternampak sesuatu di dalam lubuk yang keruh di sebelah hilir. Lalu ia pergi melihat lebih dekat dan ia dapati seekor kerbau sedang berkubang di dalam sungai itu.

“Duhai anak perawan. Dari manakah engkau?” Tanya si Kerbau kepada si Perawan.
“ Oh Kerbau, aku dari rumah kami nun di sana. Aku ke sini hendak menangkap ikan untuk menyara kehidupan kami, kerana tiada lagi cara lain untuk mendapatkan makanan selain dari menangkap ikan,” kata perawan itu.
“Kalau begitu ambillah beberapa rantik kecil dan pukullah hidungku,” kata Kerbau itu, “Tetapi janganlah kuat sangat.”
Lalu diambil oleh perawan itu beberapa ranting kayu dan dipukulnya hindung sang Kerbau serta ditadahkan sebuah bekas. Lalu keluarlah 44 jenis makanan yang mentah dan juga yang sudah sedia masak dari hidung Kerbau itu. Lantas si Perawan pun duduk makan di situ.

Setelah makan, Kerbau itu berkata, “Jikalau engkau hendak balik sekarang, pukullah dahulu hidungku ini seperti yang kau lakukan tadi.”
Perawan itu pun menurut kata-kata si Kerbau, dan seperti yang pertama tadi maka keluarlah makanan yang demikian banyak dari hidung Kerbau itu. Si Perawan mengutiap kesemuanya, lalu dibawa pulang ke rumah.

“Ibu, makanan ini diberi oleh Sang Kerbau untuk kita. Dan inilah hasil yang aku perolehi,” kata si Perawan.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang ahli sihir ke rumah si Perawan. Ahli sihir itu berkata, “Oh, sahabat, dari manakah kamu perolehi makanan kamu ini?”
Sebaik saja si Perawan berkata demikian, ahli sihir itu pun berkata sekali lagi, “Beritahu aku sekarang. Kalau tidak, engkau akan kubunuh.”
“Baiklah. Sebenarnya begini. Ketika aku keluar pergi menangkap ikan, aku telah terjumpa seekor kerbau yang sedang berendam di dalam sungai. Kerbau itulah yang memberikan makanan itu kepadaku,” terang si Perawan.
“Oh, begitu ya,” jawab ahli sihir.
“Jika kamu berhasrat hendak meminta makanan, jangan pula kamu bunuh kerbauku itu, sebab kerbau itulah saja yang akan menjadi tempat aku meminta makanan selama-lamanya,” pinta si Perawan kepada ahli sihir.
Tidak sabar-sabar lagi, makan pergilah tujuh orang ahli sihir ke tempat di Kerbau itu berada, sambil berlari-lari menuju ke pangkalan untuk mencari  kerbau yang disebutkan.
Setibanya di sana, mereka pun masing-masing mengambil kayu yang besar-besar belaka, lalu memukul hidung kerbau itu sehingga mati, kemudian dimakan oleh para pengkhianat. Tulang-tulang kerbau itu mereka kumpul dan diletakkan di tepi sungai.
Apabila mereka datang semula ke rumah si Perawan, Perawan itu pun bertanya, “Sahabatku, adakah kamu makan kerbauku itu?”
“Oh sahabat, tidak! Kerabau kamu masih tetap ada di sana.” Jawap salah seorang daripada ahli-ahli sihir.
Dengan segera di Perawan itu bergegas ke tempat si Kerbau dan  apa yang ia dapati? Cuma tinggal tulangnya sahaja lagi yang berlonggok di tebing sungai. Kerbaunya telah tiada.
Perawan itu pun menangis, dia pun memilih antara tulang-tulang kerbau itu, diambilnya tulang yang putih lalu dibawanya ke sebuah batu besar lantas diletakknya tulang itu di atas batu tersebut. Dia pun terjun menyelam ke dalam sungai.

Tidak berapa lama kemudian ketika si Perawan sedang menyelam, tiba-tiba ikan di dalam sungai itu menjerit-jerit. “Wahai Perawan, keluarlah engkau, kerana engkau ini terlalu cantik dari kami,” kata seekor ikan kecil.
Perawan itu pun keluar dari dalam sungai lalu ternampak olehnya seorang jejak berdiri di atas batu besar tadi. Tulang kerbau yang diletakkannya di atas batu itu telah berubah wujud menjadi seorang jejaka yang kacak.

Jejaka kacak dan si Perawan itu pun saling jatuh cinta, lalu mereka pun baliklah rumah. Bila diketahui oleh ahli sihir akan anak muda itu, mereka pun bertanya, “Oh sahabat, dari manakah suami kamu ini?”
Pada mulanya si Perawan enggan memberitahu, tetapi tukang sihir itu mengugut dengan berkata, “ Jikalau engkau tidak beritahu nescaya engkau akan aku bunuh.”
Lalu si Perawan enggan memberitahu keadaan yang sebenar. “Tulang kerabu kesayanganku yang kamu makan itu telah menjadi seorang jejaka dan inilah dia,” kata si Perawan.
“Oh, begitu. Kami pun hendak tahu juga bagaimana mendapatkannya,” kata tukang sihir itu.
“Oh, boleh. Pergilah ke tepi sungai dan pilihlah tulang-tulang yang hitam dan berlumut di sana,” kata si Perawan.
Jadi, selepas makan, para ahli sihir itu pun pergi. Apabila mereka sampai, mereka pun memilih tulang-tulang yang hitam dan berlumut lalu meletakkannya di atas batu dan kemudian terjun menyelam.
Baru sebentar mereka berada di dalam sungai, maka ikan-ikan di dalam sungai itu pun menjerit-jerit dan berkata, “Keluarlah kamu, sebab kami akan memakan kamu.”
Para ahli sirih itu pun keluarlah dari sungai itu dengan tergopoh-gapah. Dan apa yang mereka dapati? Tujuh orang gergasi berada di tepi sungai. Tulang-tulang tadi bertukar menjadi gergasi-gergasi yang ganas.
Kata para ahli sihir itu, “Kita akan dimakan oleh gergasi-gergasi itu.” Maka mereka pun berlari, namun gergasi-gergasi tadi tidak berhenti mengejar selagi mereka belum berjaya memakan kesemua para ahli sihir itu pun habis ditangkap dan dimakan oleh gergasi-gergasi itu.“Nah! Barulah kamu tahu. Kamulah yang menjadi pengacau kami,” kata si Perawan. “Kamulah juga yang memakan kerbau kesayanganku itu,” katanya lagi.
Para ahli sihir itu telah mati. Perawan dan jejaka kacak itu pun hiduplah dengan senang, aman dan bahagia bersama ibu mereka.

Demikianlah Kisahnya...

Disediakan Oleh.
Geneva Jasmin




ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (APK) DIPERINGKAT PRASISWAZAH UMS



Isnin, 18 November – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah  menganjuran Ekspo APK kali ke-9 peringkat Prasiswazah selama lima hari berturut-turut. Anjuran ekspo APK ini berlangsung pada 18hb-22hb November, bermula pukul 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, yang bertempat di perkarangan Perpustakaan UMS. Ekspo APK ini dikendalikan oleh para pelajar sendiri di mana gerai-gerai yang terlibat semuanya terdiri daripada siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah.
Aktiviti keusahawanan ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar IPTA dalam keusahawanan. Disamping, menjadikan asas pembudayaan keusahawanan ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan memperluaskan daya saing terhadap ekonomi dalam Negara mahupun luar Negara. Justeru, penglibatan belia amatlah digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan ini pada peringkat awal bagi menimba pengalaman dan ilmu perniagaan secukupnya.
Berdasarkan kesedaran pihak Universiti Malaysia Sabah akan persaingan yang semakin mencabar digenerasi yang mendatang ini dan pentingnya penglibatan golongan mahasiswa dalam membudayakan keusahawanan ini sekali gus mewajibkan pelajar pada peringkat prasiswazah mengambil Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) yang bertujuan menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi Universiti.
Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK), ini tidak terhad kepada pelajar jurusan perniagaan sahaja, malahan kursus ini adalah terbuka yang mengalu-alukan penglibatan daripada pelajar jurusan lain, seperti bidang sains dan bidang sastera bagi memenuhi keperluan pensyaratan penerimaan Ijazah. Disamping itu,penganjuran ekspo APK ini, dapat memberi pengalaman serta peluang kepada para pelajar untuk menjalankan perniagaan dengan menjual hasil keluaran mereka sendiri sebagai implementasi terhadap segala teori dalam asas keusahawanan yang telah di kuliahkan.
Sempena penganjuran ekspo APK buat kali ke-9 ini, UMS yang membawa tema “Make It Happen ini telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan kakitangan UMS ketika itu. Suasana yang penuh dengan keriuhan suara pelajar dalam mempromosikan hasil barangan kreatif dan jualan makanan mereka itu turut menambah kemeriahan suasana ekspo APK tahun 2013 kali ini. Antara hasil yang diniagakan termasuklah barangan kreatif hasil usahasama dan inovasi daripada mahasiswa UMS sendiri.


koleksi gambar sempena berlangsungnya ekspo APK kali ke-9 UMS

Menu Jualan Makanan Pelajar
Hasil Barangan Kreatif Pelajar

Koleksi Tudung Yang Di Jual Oleh Pelajar.

Barangan Kreatif Pelajar
Di sediakan oleh : Elisabeth Maillin

Isnin, 25 November 2013

Doa untuk ibu


Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan
Tanpa dia
Dia yang selalu mengerti aku
Dia yang tak pernah letih menasihatiku
Dia yang selalu menemani
Dialah ibu
Orang yang selalu menjagaku
Tanpa dia aku merasa hampa hidup di
Dunia ini
Tanpanya aku bukanlah apa-apa
Aku hanya seorang manusia yang lemah
Yang membuntuhkan kekuatan
Kekuatan cinta kasih dari ibu
Kekuatan yang lebih dari apapun
Engkau sangat berharga bagiku
Walaupun engkau selalu memarahiku
Aku tahu
Itu bentuk perhatian darimu
Itu menandakan kau mpeduli denganku
Ya Allah,,
Berikan kesehatan pada ibuku
Panjangkanlah umurnya
Aku ingin membahgiakannya
Sebelum aku tahu dia tiada
Terima kasih ibu
Atas apa yang telah engkau berikan padaku
Aku akan selalu menyanyangimu ibu..

Disesiakan oleh : Hafizul Ainoddin

Dialog Orang Seni



Kota Kinabalu, 22 november 2013 sekolah pengajian seni universiti malaysia sabah telah  mengadakan satu program yang cukup istimewa iaitu “Dialog Orang Seni” yang merungkai tajuk “Haruskah Seni”. Program ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelajar-pelajar. Program yang dianjurkan oleh pelajar tahun 2 seni kreatif kluster penulisan di bawah pensyarah EN. Lokman Abd Samad telah menjemput beberapa ahli panel. Antaranya ialah PROF.MADYA.DR. Suwait Tapah pensyarah daripada UITM dan Tuan Haji Samin bin Ongki daripada (YADIM) serta moderator dikasihi iaitu En Sharifudin Zainal pensyarah sekolah pengajian seni.

Kesemua ahli panel telah merungkaikan persoalan yang diutarakan oleh pelajar-pelajar. Antara isu perbualan yang hangat yang dibincangkan adalah berkait dengan seni. Soalan yang menarik perhatian “adakah seni harus atau seni itu haram dalam kehidupan”. Ahli panel pertama iaitu Tuan Haji Samin berkata dalam hujahnya mengatakan bahawa seni itu perlu dan harus dalam kehidupan. Beliau mengatakan seni bukan sahaja tergolong dalam persembahan teater, tarian,nyayian dan lain-lain. seni juga boleh dikaitkan dengan dakwah. Beliau berkata jika kita bijak menggunakan seni,seni boleh mengjadikan tarikan untuk kita berdakwah melaui seni. Contohnya, apabila ingin melakukan persembahan gunakanlah cara berpakaian yang beradab atau cara yang betul dalam agama yang tidak menjolok mata.  

Prof.Madya.Dr. Suwaid Tapah pula telah menjawab persoalan yang dilemparkan oleh pelajar iaitu “benarkah menurut pandangan sesetengah masyarakat mengatakan bidang seni bidang yang paling rendah nilainya selepas bergraduasi.” Beliau mengatakan bidang seni adalah paling rendah itu merupakan persepsi masyarakat terhadap seni. Menurut beliau  seni bukan hanya fokus kepada hiburan semata-mata.  Seni ini merupakan satu bidang yang luas dalam bidang pekerjaan, contohnya seni perbinaan, seni akuakultur, seni kulinari dan lain-lain katanya. Oleh itu, kita sebagai orang seni perlu mengubah persepsi masyarakat bahawa seni itu indah dan seni itu besar bidannya.

Akhir kata program sebegini perlu diteruskan supaya isu-isu yang menarik dapat dikupas dan diselidik kepentingannya. Banyak feadah yang diperolehi melaui program yang telah dianjurkan ini. Selain memberanikan diri pelajar-pelajar untuk melemparkan hujahnya masing-masing, disamping dapat berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi oleh pelajar-pelajar.

Disediakan oleh : Hafizul Ainoddin


Rabu, 20 November 2013

MENCEBURI BIDANG MODELING

Kota kinabalu, Khamis- Sabah Model Of The Year Season 4 ataupun lebih dikenali sebagai SMOTY Season 4, sedang  menganjurkan pertandingan modeling. Sebelum pertandingan ini dijalankan sesi audition telah dijalan sebanyak enam kali. Sesi Audtion ini bertujuan untuk memilih para peserta  siapakah yang bakal memasuki ke peringkat semi-final pada 11 januari 2013 di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Hanya 25 orang sahaja yang layak memasuki final pada bulan april 2014 daripada 54 orang peserta.

Tujuan SMOTY ini diadakan adalah untuk melihat tahap konfident para peserta disamping mencari siapakah yang bakal  menjadi pemenang dan layak ke peringkat yang seterusnya untuk bertanding ke peringkat kebangsaan.

Pertandingan ini terbuka kepada semua orang asalkan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Para peserta yang terlibat pertandingan ini kebanyakannya bersekolah di IPTA dan IPTS contah yang paling dekat ialah salah seorang daripada wakil pelajar Universiti Malaysia Sabah. ada juga diantara peserta yang pernah mengikuti pertandingan SMOTY season 3 pada tahun lepas, namun ingin mengikuti semula pada tahun ini.

 Antara aktiviti yang dijalankan sebelum pertandingan semi-final ini bermula ialah pada 6 disember 2013 nanti, satu pertandingan fesyen show akan diadakan. Para peserta SMOTY dikehendaki membuat persembahan tarian pada hari tersebut. sesi latihan tarian kereografi telah dijalankan baru-baru ini bertujuan untuk melatih para peserta sebelum pertandingan fesyen show itu bermula.
Diharapkan para peserta dapat membuat persembahan yang baik pada 6 disember 2013 nanti, seterusnya berusaha bersungguh-sungguh untuk memasuki peringkat final pada bulan april 2014 nanti.


dikarang oleh
Calista Nadia Lusin


Ahad, 17 November 2013

CINTA KEPADA YANG ESA


                                                     
   
                                                    
Seseorang manusia pastinya mempunyai perasaan cinta dan rasa kasih sayang antara satu sama lain terutamanya rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah s.w.t dan dituruti dengan rasa cinta dan kasih kepada manusia. Tetapi tidak semua orang yang mempunyai perasaan cinta dan rasa kasih kepada Allah s.w.t sepenuh hati. Manusia yang mencintai kepada Allah s.w.t adalah manusia yang mensyukuri nikmat yang telah di berikannya dan menggunakannya sebaik mungkin. Orang-orang ini adalah orang hidupnya di redhai oleh Allah s.w.t dan kehidupan mereka ini selalunya tenang dan tanpa mempunyai banyak masalah. Seseorang insan di muka bumi ini haruslah beriman kepada-Nya seikhlas hati tanpa mengungkitnya kelak, nescaya orang-orang ini akan diterima cintanya oleh Allah s.w.t. Orang-orang yang beriman ini, cinta dan perasaan kasih sayang terhadap pencipta-Nya melebihi perasaan cinta dan kasih sayang terhadap manusia. Oleh itu, manusia yang memberikan cintanya yang ikhlas dan mengikuti segala arahannya serta meninggalkan segala larangan-Nya pasti hidup mereka ini di berkati di rahmati oleh Tuhan yang esa.
          Seseorang insan yang bernama manusia yang lahir di muka bumi ini, tidak kiralah sesiapa pun termasuklah saya sendiri harus menunaikan segala suruhan dan tidak melakukan segala larangan Allah s.w.t. Kita sebagai manusia biasa yang begitu lemah sekali harus melakukan perkara yang sangat asas dalam agama islam iaitu menunaikan solat sebanyak lima waktu sehari semalam. Selepas itu, barulah kita melakukan perkara-perkara yang sunat seperti bersedekah, menunaikan solat sunat hajat, berpuasa sunat dan sebagainya. Akan tetapi kita haruslah mengenali erti cinta itu barulah kita dapat mencintai Allah s.w.t dengan penuh kesetiaan yang tiada tandingannya.
Selain itu, cinta seseorang ataupun setiap manusia di muka bumi ini haruslah seimbang untuk mencintai seseorang dengan menilai dari segi baik buruknya dengan bersandarkan cinta kepada Allah s.w.t. Manusia yang sedang hanyut bercinta ini di beri perhatian agar tidak terjebak dengan maksiat. Oleh itu, setiap manusia yang bercinta haruslah mengenali Tuhannya dulu barulah kita dapat mengenali makhluknya. Untuk mengenali Tuhan kita pastinya kita tidak akan dapat menemui jawapannya, kita hanya dapat mengetahui sifat-sifatnya sahaja. Jikalau tidak boleh mencari cinta Allah s.w.t pastinya sesorang itu resah mencarinya dengan akal dan firasat tidak akan ke mana.
Seterusnya, kita sebagai umat Islam telah dituntut oleh agama kita agar bertaqwa kepada Allah s.w.t demi memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Segala perbuatan baik ataupun jahat yang pernah kita lakukan semasa hidup akan diperhitungkan satu persatu di akhirat kelak. Oleh itu, cinta kepada Allah s.w.t adalah cinta yang kekal abadi selamanya dalam hidup kita. Kesetiaan kita kepada Allah s.w.t haruslah dapat di ibaratkan dengan lautan api sanggup kita renangi demi mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Di samping itu, cinta kepada yang maha esa ini juga dapat kita ambil iktibar daripada junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W  yang begitu taat kepada Allah s.w.t dan sifat keperibadiaanya yang begitu mulia serta sifat sabarnya yang begitu tinggi. Contohnya, semasa beliau berdakwah beliau telah mengalami kesusahan dalam mengajak orang kafir supaya masuk islam, malah ketika itu jugalah beliau telah dilontarkan dengan najis tetapi dengan sifat sabar yang tinggi yang ada dalam dirinya beliau telah membalas kejahatan itu dengan kebaikan. Di sini, jelas sekali bahawa mencintai kepada Allah s.w.t dapat menunjukkan dapat mengajar kita erti kehidupan yang sebenar dan kita akan lebih memahami tentang kehidupan.


DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD AZIZAN BIN ALIAS

12 FEB 2013 LAHAD DATU DI CEROBOH

                                     


Pada 12 Februari 2013 sekumpulan pengganas dari Filipina iaitu dari kaum Sulu telah menceroboh masuk ke Sabah iaitu di Lahad Datu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu. Sekumpulan pengganas ini dipercayai diketuai oleh adik Sultan Jamalul Kiran sendiri dan ianya telah menyerang anggota keselamatan negara yang bertugas pada masa itu. Dalam serangan tersebut telah meragut nyawa beberapa orang anggota keselamatan negara. Dalam masa yang sama juga pasukan polis negara kita telah berbalas tembakan dengan sekumpulan penceroboh tersebut. Pihak pengganas Sultan Sulu ini telah bergerak ke Semporna, Sabah di mana pengganas tersebut telah membuat kekacauan di Semporna pula. Semasa anggota kita berbalas-balas tembakan dengan sekumpulan pengganas tersebut, anggota keselamatan negara telah terkorban akibat daripada tipu muslihat musuh. Menurut sumber yang di peroleh dalam kejadian tipu muslihat itu, seramai 8 orang anggota keselamatan negera terkorban dalam kejadian tersebut. Akibat daripada kejadian tersebut, banyak kedai-kedai telah ditutup kerana bimbang akan keselamatan yang semakin terancang kerana pihak pengganas bertindak tidak menghiraukan orang awam.
Dalam menangani masalah pencerobohan ini, kerajaan Malaysia telah mengarahkan pihak penceroboh menyerah diri dan mahu berunding tanpa melibatkan pertumpahan darah di bumi Sabah ini, namun pihak musuh enggan berbuat demikian. Oleh itu, kerajaan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak polis agar perang tidak berlaku tetapi pihak musuh masih lagi menyerang anggota keselamatan negara kita. Selepas itu, barulah Anggota Tentera Malaysia (ATM) mengambil alih tugas untuk melindungi negeri Sabah. Setelah  ATM mengambil tugas ini, tiada lagi kompromi terhadap pihak penceroboh tersebut dan misi utama ATM adalah menghapuskan semua pihak penceroboh tersebut. Setelah menerima arahan, anggota ATM telah melancarkan serangan dengan bantuan anggota penembak tepat di kawasan fokus iaitu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dimana tempat ketua penceroboh iaitu Raja Muda Azzamudie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiran III bersama 100 orang pengikutnya berkubu. Menurut laporan yang diterima, seawal jam 1.45 pagi anggota ATM memulakan serangan tersebut yang dikenali sebagai Ops Sulu telah mengorbankan lebih kurang 30 orang penceroboh terbunuh. Kemudianya Ops Sulu tersebut telah sebagai Ops Daulat telah dijalankan di pantai timur Sabah. Selain itu, pihak polis juga berjaya menahan empat lelaki yang dipercayai anggota pengganas Sultan Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul yang terletak kira-kira lima kilometer dari sini semalam. Menurut sumber, serbuan itu dilakukan adalah hasil daripada maklumat risikan dan orang awam yang mendakwa terdapat pergerakan  luar biasa pada waktu malam dua hari lalu di kampung tersebut.
Akibat daripada kekacauan puak Sulu ini telah mengakibatkan banyak pertumpahan darah berlaku di Sabah dan sekali gus telah menjejaskan ekonomi di Sabah ini kerana sikap yang tidak bertanggungjawab yang berpunca daripada kekacauan tersebut. Banyak sekolah telah ditutup malah kampus UMS di Labuan terpaksa ditutup kerana ketiadaan bekalan makanan dan demi menjamin keselamatan pelajar. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengarahkan anggota keselamatan memperketatkan kawalan dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku, malah anggota ATM dari semenanjung juga telah diarahkan bertugas di Sabah bagi menjamin keselamatan penduduk Sabah.

Disediakan oleh: Muhamad Azizan Bin Alias

MALAM PUISI RIONG UMS


KOTA KINABALU, 11 September 2013: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan malam Puisi Riong bersempena sambutan kemerdekaan yang ke-56.

Program ini diadakan adalah untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan siswa dan siswi di Universiti.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut, YB Dato Hj Mohd Ariffin Md Arif, YB Prof Datuk Hamdan Adnan selaku Dekan Sekolah Sains Sosial(SSS), Dato Awang Musaman Awang Mahmud dan Prof Madya  Datuk Dr Hj Kassim Hj Md Mansur.

Majlis bermula kira-kira jam lapan malam bertempat di dewan Canselor UMS. Objektif utama Program ini diadakan adalah untuk melahirkan Mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dan program ini turut diadakan diseluruh Universiti di Malaysia.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Prof Dr Mohd Harun Abdullah telah merasmikan majlis tersebut yang disaksikan hampir 1000 pelajar.

“Mahasiswa dan Mahasiswi perlu tanamkan azam bahawa kita perlu berkhidmat untuk menyumbangkan idea, usaha, dan tenaga ke arah mengukuhkan lagi Malaysiaku berdaulat, tanah tumpah darahku,” katanya pada majlis tersebut.

Beliau juga turut menegaskan bahawa, kepentingan kemerdekaan tidak boleh dijual beli, perlu di pupuk dengan semangat patriotism yang tinggi serta perpaduan dalam diri masing-masing.

Program yang dianjurkan bersama Berita Harian, yang diwakili  Datuk Mior Kamarul Shahid iaitu selaku ketua pengarang Berita Harian, Dewan pendidikan Melayu Malaysia Sabah dan Atika interprise SDN. BHD.

Pada malam itu juga turut diadakan persembahan nyanyian dan dendangan puisi daripada pelajar serta sastrawan Negara terutama sekali satrawan dari negeri bawah bayu.

Program Puisi Riong ini dapat menarik perhatian mahasiswa dalam Universiti terutamanya dalam karya sasterawan bagi memperkayakan penggunaan bahasa Melayu.

Menurut seorang pelajar UMS yang mahu dikenali sebagai Nur Saiba, 22, berkata, beliau amat terhibur dengan majlis malam Puisi Riong ini kerana dapat meninba  pengalaman indah dalam karya saterawan serta mesej yang ingin disampai oleh para peserta sangat menyentuh jiwa.

“Seboleh-bolehnya program ini diadakan setiap tahun kerana banyak manfaat yang diperoleh selain dapat mencungkil bakat para mahasiswa dan mahasiswi.” Katanya.

Ditanya mengenai samaada pihak UMS akan terus bekerjasama dengan Berita Harian dalam pelbagai program yang akan dilaksanakan di Universiti ini bagi memperkasakan sistem pendidikan, Mohd Harun berkata ianya masih dalam perancangan.

Harapan beliau agar pihak universiti Malaysia Sabah dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak akhbar Berita Harian.

Dikarang Oleh : Hafizul Ainoddin