Jumaat,
22 November – Tamu Gadang Majlis Konvokesyen Ke- 15 dengan jayanya dan berjalan
seperti yang dirancang oleh pihak pengurusan UMS dengan bangganya dirasmikan
oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin
telah Berkenan merasmikan Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen Universiti
Malaysia Sabah (UMS) kali ke- 15 yang berlangsung pada hari isnin.
Tun
Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin yang juga merupakan Canselor UMS
telah mennyempurnakan perlafasan perasmian semalam adalah berlangsung di Padang
Kawad PALAPES yang merupakan juga lokasi berlangsungnya Tamu Gadang iaitu
sehingga 25 November 2013. Para jemputan yang terut sama menjaya dan
memeriahkan serta pelancaran majlis perasmian Tamu Gadang ialah Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M.
Jasni, yang merupakan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Dato' Seri Zaki
Tun Azmi sebagai Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah juga
sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Datuk
Dr. Hj Kasim Md Mansur dan Pegawai-Pegawai Utama UMS. Tanpa sokongan yang padu
daripada pihak di atas, majlis ini tidak akan dapat berjalan selancar ini.
Walaupun semua di atas terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, namun demi
menjayakan majlis ini mereka sanggup mengorbankan masa mereka.
Pertama sekali, Datuk Dr. Hj Kasim dalam ucapannya berkata dengan penuh
perasaan yang gembira dari raut wajahnya, Tamu Gadang pada kali ini sangat meriah
dan berlainan daripada yang biasanya diadakan. Katanya lagi, hal ini
berkemungkinan Tamu Gadang pada kali ini di adakan di tempat yang baru dan
kawasan yang lebih luas serta dapat memasukkan pelbagai sajian aktiviti yang
menarik yang secara langsungnya menarik perhatian orang ramai.
Ujarnya lagi, penganjuran yang menjadikan pelajar itu sendiri sebagai
pengendali utama juga sangat menepati citarasa dan bertepatan dalam memastikan
meningkatkan nilai kemahiran insaniah dalam diri seseorang mahasiswa mahupun mahasiswi.
Dengan penglibatan para pelajar dalam proses penganjuran sesuatu aktivit atau
program sekali gus melahirkan graduan yang berdaya saing dan berminda kelas
pertama serta dapat memenuhi kehendak negara kita pada hari ini yang sangat
memerlukan para graduan yang serba boleh.
Selain itu, antara aktiviti yang diadakan
semasa Tamu Gadang berlangsung termasuklah pameran kereta dan motor
berhias, Family Cycling, pertandingan memancing dan banyak lagi.
Tamu Gadang tahun ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis-artis
popular tanah air seperti Ana Rafali, LanThe Typewritter, Felix Agus,
Velvet AF, Nelly Sakura, Fiq Mentor, Fitri Harris, Heliza AF, Ray Juara Bintang
RTM, Muaz dan Lotter AF. Dengan aktiviti dan kehadiran para artis ini sangat
berpengaruh dalam menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi Tamu Gadang.
Seterusnya, kira-kira 200 gerai pameran dan jualan turut disediakan
kepada pengunjung dan graduan yang bergraduasi pada tahun ini. Pada pandangan
Datuk Dr. Hj Kasim, Tamu Gadang pada kali ini pastinya tidak akan mengecewakan
para pengunjung yang menghadiri Tamu Gadang pada Kali ini.
Disediakan oleh:
M. Azizan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan