Kota Kinabalu, 22 november 2013 sekolah pengajian seni universiti malaysia sabah telah mengadakan satu program yang cukup istimewa iaitu “Dialog Orang Seni” yang merungkai tajuk “Haruskah Seni”. Program ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelajar-pelajar. Program yang dianjurkan oleh pelajar tahun 2 seni kreatif kluster penulisan di bawah pensyarah EN. Lokman Abd Samad telah menjemput beberapa ahli panel. Antaranya ialah PROF.MADYA.DR. Suwait Tapah pensyarah daripada UITM dan Tuan Haji Samin bin Ongki daripada (YADIM) serta moderator dikasihi iaitu En Sharifudin Zainal pensyarah sekolah pengajian seni.
Kesemua
ahli panel telah merungkaikan persoalan yang diutarakan oleh pelajar-pelajar.
Antara isu perbualan yang hangat yang dibincangkan adalah berkait dengan seni.
Soalan yang menarik perhatian “adakah seni harus atau seni itu haram dalam
kehidupan”. Ahli panel pertama iaitu Tuan Haji Samin berkata dalam hujahnya
mengatakan bahawa seni itu perlu dan harus dalam kehidupan. Beliau mengatakan
seni bukan sahaja tergolong dalam persembahan teater, tarian,nyayian dan
lain-lain. seni juga boleh dikaitkan dengan dakwah. Beliau berkata jika kita
bijak menggunakan seni,seni boleh mengjadikan tarikan untuk kita berdakwah
melaui seni. Contohnya, apabila ingin melakukan persembahan gunakanlah cara
berpakaian yang beradab atau cara yang betul dalam agama yang tidak menjolok
mata.
Prof.Madya.Dr.
Suwaid Tapah pula telah menjawab persoalan yang dilemparkan oleh pelajar iaitu
“benarkah menurut pandangan sesetengah masyarakat mengatakan bidang seni bidang
yang paling rendah nilainya selepas bergraduasi.” Beliau mengatakan bidang seni
adalah paling rendah itu merupakan persepsi masyarakat terhadap seni. Menurut
beliau seni bukan hanya fokus kepada
hiburan semata-mata. Seni ini merupakan
satu bidang yang luas dalam bidang pekerjaan, contohnya seni perbinaan, seni
akuakultur, seni kulinari dan lain-lain katanya. Oleh itu, kita sebagai orang
seni perlu mengubah persepsi masyarakat bahawa seni itu indah dan seni itu
besar bidannya.
Akhir
kata program sebegini perlu diteruskan supaya isu-isu yang menarik dapat
dikupas dan diselidik kepentingannya. Banyak feadah yang diperolehi melaui
program yang telah dianjurkan ini. Selain memberanikan diri pelajar-pelajar
untuk melemparkan hujahnya masing-masing, disamping dapat berkongsi sedikit
ilmu yang diperolehi oleh pelajar-pelajar.
Disediakan oleh : Hafizul Ainoddin
Disediakan oleh : Hafizul Ainoddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan