Pada
22hb dan 23hb november 2013 pusat kokurikulum Universiti Malaysia Sabah telah
bertolak ke Tenom untuk menjalankan aktiviti gotong royong. Universiti Malaysia
sabah telah bekerjasama dengan Pusat Kebudayaan Rumah Murut Tenom Sabah dalam
menjayakan aktiviti gotong royong ini. terdapat dua kumpulan dari pusat
kokurikulum yang berlainan bergabung dalam menjayakan aktiviti ini, iaitu
daripada tarian sabah dan tarian rakyat. Tarian sabah mempunyai dua seksyen iaitu
seksyen satu dan dua. Begitu juga dengan tarian rakyat, tarian rakyat juga
mempunyai dua seksyen. Seeramai 168 orang pelajar yang telah mengikuti aktiviti
ini, belum termasuk para pengajar dan pemandu bas yang lain. namun terdapat
sesetengah pelajar yang tidak dapat datang kerana mempunyai masalah yang
tersendiri.
Kami
telah bertolak dari Universiti Malaysia sabah ke Tenom pada pukul 2.00 petang
dan telah tiba di rumah kebudayaan murut pada pukut 7.00 malam. Setibanya kami
disitu, kami telah disuruh berkumpul didalam dewan auditorium untuk mendengar
sedikit taklimat berkenaan dengan rupah pusat kebudayaan murut tersebut. pada
masa itu juga kami telah diberikan kumpulan untuk melakukan tugas yang
berlainan pada keesokan harinya. Setiap kumpulan juga telah diberikan nama
kumpulan mengikut sub etnik kaum murut.
Keesokan
harinya kami telah berkumpul bersama-sama semula pada pukul 6.45 pagi untuk
melakukan senamrobik. Senamrobik tersebut dikendalikan oleh pengajar dari
tarian rakyat. Selesai aktiviti senamrobik ini kami diberikan sarapan pagi. Tepat
jam 7.30 pagi aktiviti gotong-royong telah dijalankan beramai-ramai. Terdapat 8
kumpulan yang berlainan, dan setiap kumpulan diberikan tugasan yang berlainan. Ada
yang memotong rumput, membersihkan longkang, membersihkan rumah kebudayaan
murut tersebut, mengangkat barang dan sebagainya.
Tidak
ketinggalan juga demonstrasi daripada bomba dan penyelamat. Pihak bomba dan
penyelamat telah datang ke rumah kebudayaan murut tersebut untuk memberikan demonstrasi
begaimana memadam api yang tengah marak. Dan seterusnya mengajar menggunakan
alat pemadam api.
Selesai
aktiviti gotong royong semua pelajar telah diberikan rehat selama sejam dalam
membersihkan diri sekali gus makan tengah hari. Petang itu tepat jam 3.00
petang kami disuruh berkumpul semula untuk menjalankan majlis penutupan. Majlis
penutupan ini dimeriahkan lagi dengan persembahan penari daripada pusat rumah
kebudayaan murut itu sendiri dan para pelajar yang dipilih untuk membuat
persembahan peda petang tersebut. majlis penutupan berakhir pada pukul 5.00
petang.sesi bergambar telah dijalankan beramai-ramai dan tepat jam 6.00 petang
semua orang telah menaiki bas untuk pulang ke kolej kediaman masing-masing.
gambar bersama dengan kawan-kawan yang telah menjayakan aktiviti gotong-royong ini.
dikarang oleh,
Calista Nadia Lusin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan