Rabu, 8 Januari 2014

Fashion Show dan Grand Resital


Kota Kinabalu, 04 Disember 2013 sekali lagi sekolah pengajian seni universiti malaysia sabah telah mengadakan program fasion show dan grand resital secara besar-besaran. Program yang berlansung pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang telah mendapat sambutan mengalakkan daripada pelajar sekolah pengajian seni dan sekolah-sekolah lain. Hampir semua pelajar sekolah pengajian seni terlibat dalam program tersebut. Antara pelajar pelajar yang terlibat ialah pelajar dari program seni kreatif, program seni musik dan pelajar program teknologi seni visual. Ketiga-tiga program tersebut bergabung untuk menjadikan program resital pada tahun ini lebih meriah.

Program grand resital sebenarnya merupakan satu program yang wajib di ambil oleh pelajar sekolah pengjian seni. Hampir setiap tahun program grand resital akan di jalankan oleh pelajar sekolah pegajian seni. Bagi pelajar sekolah penjian seni tahun 1 dan tahun 3 mereka wajib melakukan persembahan semasa program dijalankan manakala pelajar tahun 2, mereka akan melaksanakan tugasnya sebagai pengurusan. Hal ini dimana, pelajar tahun dua perlu membuat persiapan awal untuk pelajar tahun 1 dan tahun 3 membuat persembahan.

Grand resital sekali ini agak berbeza sedikit dengan tahun yang sebelunya. Hai ini dimana dengan pemilihan temanya dan kelaianan dari segi persembahannya. Dengan persetujuan semua pelajar program resital telah memilih tema retro sebagai tema yang diguna pakai untuk program kali ini.

Antara program yang berlansung pada hari resital ialah fasion show yang dipersembahkan oleh pelajar seni tahun 3 yang mempersembahkan rekaan pakaiannya dan lebih meriah lagi persembahan yang di persembahkan oleh pelajar dari kolej kosmo point. Fasion show merupakan program yang ditunggu ramai oleh pelajar UMS kerana rekaan pakaian yang dipersembahkan menarik perhatian. Terdapat juga persembahan koir dari tahun, persembahan musik, teater dan banyak lagi.


Justeru itu, program sebegini  perlu diteruskan oleh sekolah pengajian seni kerana banyak feadah yang diperolehi dalam program tersebut. Hal ini dimana pelajar bersatu dan sebulat suara untuk melaksanakan program dengan jayanya. Dengan kerjasama yang baik dari pelajar sekolah pengajian seni program resital telah melabuh tirai dengan sempurnanya. Harapan kami bagi pelajar sekolah pengajian seni supaya program sebegini perlu diteruskan pada generasi yang kan datang. Akhir kata Disinilah jiwa dan minda akan bersatu. 

Disediakan oleh : Hafizul Ainoddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan