Jumaat, 17 Januari 2014

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM POLITIK DI MALAYSIA


Teknologi maklumat sering digambarkan sebagai istilah yang terhasil daripada penggunaan komputer.Teknologi maklumat terdiri daripada kompenan perkomputeran yang terhad kepada perkakasan (hardware) dan perisian (software) serta fungsidan tujuan peralatan yang digunakan (Caroline, 1994).Istilah komunikasi pula boleh didefinisikan sebagai “satu proses memindahkan atau menyampaikan mesej atau maklumat daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain”. Disamping itu, yang dimaksudkan dengan politik pula adalah satu sebuah seni memimpin dasar-dasar kerajaan bagi mencapai satu maklumat. Di Malaysia sistem pemerintahan yang diamalkan padahari ialah sistem demokrasi berparlimen yang mana pemimpin dipilih oleh rakyat. Di bawah ini terdapat parti-parti politik yang mempunyai pelbagai agenda dan idea untuk mentadbir negara.
Sebelum masyarakat hanya mendapat maklumat mengenai politik dalam negara berdasarkan surat khabar, radio danjuga televisyen. Kebanyakan sumber berita ini adalah milik kerajaan dan menyokong semua perkara yang berkaitan kerajaan atau maksud yang mudah difahami ialah pro kerajaan. Apabila tiba musim pilihan raya pihak kerajaan akan menggunakan media ini sebaik mungkin untuk menarik undi ataupun menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan, tetapi pada hari ini kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi ruang kepada individu bebas menyuarakan pendapat ataupun mengkritik pihak kerajaan. Rakyat bebas memilih sumber berita yang ingin diketahui. Contohnya, melalui penggunaan blog, facebook, twitter dan media sosial lain. Menurut Hayes (2008) dan Abbe et al (2003) mengatakan media membantu calon pilihan raya mengetengahkan isu-isu tertentu untuk dijadikan agenda perbincangan dalam kempen pilihanraya. Sebagai contoh dalam universiti, dalam pilihan raya kampus di universiti peranan teknologi maklumat sangat berguna bagi calon bertanding. Segala isu atau permasalahan yang cuba dibangkitkan amat mudah untuk disampaikan kepada mahasiswa. Penggunaan media sosial amat membantu calon Pilihan raya Kampus, kerana ianya tidak memerlukan modal yang banyak untuk berkempen berbanding sebelum ini.

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam politik juga adalah sebagai medium untuk menyampaikan dasar kerajaan. Contoh yang dapat dilihat melalui E-government ,televisyen dan radio. Fungsi E-government sebenarnya adalah sebagai satu langkah yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit PemodenanTadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan telah melancarkan pelan strategik ICT sektor awam Malaysia sejak Ogos 2003 lagi demi meningkatkan penggunaan dalam sistem penyampaian. Pada masa yang sama, langkah ini dianggap dapat mengurangkan jurang digital dalam mengorak langkah yang baik kearah dunia tanpa sempadan serta memudahkan rakyat untuk mendapat maklumat yang disampaikan oleh kerajaan. (Oates B,2003)

Disediakan oleh: Azizan Alias

ISU KENAIKAN HARGA BARANG


Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis. Kenaikan harga minyak telah memberikan kesan kepada semua orang serta menyebabkan kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin terhimpit. Hal ini berlaku kerana kuasa beli mereka semakin berkurangan dan pendapatan mereka menjadi semakin berkurangan. Contohnya, barang-barang keperluan harian dijangka meningkat antara 10 hingga 20 berbanding harga yang sebelumnya. Perkara ini sudah tentu akan mendatangkan kesan kepada mereka kerana pendapatan mereka sebelum ini hanya cukup untuk makan. Oleh itu, masyarakat perlu berbelanja dengan bijak dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Menurut Muhammad Sha'ani  terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barangan di negara ini, antaranya bil import makanan yang tinggi. "Pada tahun 2005, bil import makanan negara berjumlah RM17.793 bilion sedangkan bil eksport makanan hanya RM10.674 bilion, menunjukkan defisit RM7.119 bilion dalam Imbangan Dagangan Barangan Makanan (BOTFS). Sejak lebih seabad lampau, Malaysia semakin bergantung kepada import makanan bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. Pasaran makanan negara ini dikuasai oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, China, Thailand dan Indonesia.Malaysia mengimport barangan tenusu dari New Zealand sementara sayur-sayuran serta buah-buahan diperoleh dari Australia dan Amerika Syarikat.Malaysia juga mengimport produk makanan laut, sebahagian besarnya dari Thailand dan Indonesia. Ketidakupayaan Malaysia menampung pengeluaran makanan dalam negara bagi memenuhi permintaan menjadikan bil import makanan melambung dan menyebabkan kenaikan harga makanan ini.

Sesungguhnya, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan.  Sebagai contoh, ketika dilanda musim tengkujuh, harga sayur-sayuran akan naik secara mendadak. Sayur sawi pernah mencecah harga sebanyak RM8 sekilo manakala cili merah kini telah mencecah harga RM15 sekilo sebagai harga runcit.   Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang  berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan  seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang.  Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal.

selain itu, kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini.  Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997, nilai mata wang Malaysia telah terjunam.  Peniaga  negara kita terpaksa mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing.  Sebagai realiti, negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar.  Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah.  Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu, kita tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum.

seterusnya terdapat peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang.  Demi meragut keuntungan yang lumayan,  terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang  seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu.  Hal ini sering berlaku  dalam masyarakat kita.  Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering  menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang.

Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan ialah “Kempen Berhemat”.  Kata orang tua-tua, “Ingat  sebelum kena, jimat sebelum habis” dan “cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit“.   Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang terpuji.  Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri.  Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu.  Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh,  telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga membazir  dan tidak dapat dihabiskan.  Jika setiap rakyat dapat berhemat  dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara berlebihan,  nescaya inflasi  dapat diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran.

Dalam konteks ini,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan “Kempen Beli Barangan Malaysia”.  Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal,  harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana  kos pengangkutan lebih murah.   Contoh,  rakyat kita seyogianya  makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih segar dan berkhasiat  daripada barangan import.  Seperti peribahasa, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.  Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan bersemangat patriotik,  kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam negara.  Senarionya,  petani, peniaga dan  pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh  manfaatnya.  Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing.  Inflasi turut diredakan.

Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang merupakan tindakan yang ampuh untuk membendung inflasi.  Demi mencegah penyelewengan peniaga yang tamak haloba, pegawai yang terlibat tidak patut bertindak sambil lewa atau bena tak bena sahaja. Misalnya pemantauan atau serbuan hanya dijalankan secara bermusim sahaja.  Lebih-lebih lagi kegiatan rasuah meruwatkan situasi ini.  Tanpa tindakan undang-undang yang ketat, peniaga akan bertindak bermaharajalela dengan meningkatkan  harga barangan jualan tanpa belas kasihan.  Rentetan daripada itu,  kompaun dan hukuman penjara mandatori   harus dijatuhkan dengan semaksimumnya terhadap peniaga yang  licik.  Pemantauan yang lebih kerap harus diadakan terhadap semua premis perniagaan dan pasar malam. Masyarakat kita perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti “Rakan Cop” untuk melaporkan berlakunya penyelewengan peniaga .   Hukuman yang ketat dan tindakan pegawai yang bersih, cekap dan amanah pasti dapat mengekang peniaga yang ingin menangguk di air keruh.



publisher,

group work





PERTANDINGAN SEMIFINAL SABAH MODEL OF THE YEAR


Semifinal pertandingan sabah model of the year ataupun lebih dikenali sebagai SMOTY berlangsung pada 12hb January 2014. Pertandingan semifinal ini telah diadakan di dewan masyarakat kota kinabalu. Seramai 41 orang peserta yang bertanding untuk mara ke pusingan akhir iaitu pada bulan april nanti. daripada 41 orang peserta ini, hanya 25 orang peserta sahaja yang mara ke pusingan seterusnya. Aturcara pertandingan ini bermula jam lima sehinggalah pada pukul sepuluh malam. Terdapat empat orang pengadil yang mengadili pertandingan semifinal ini. selain daripada mara ke pusingan akhir, beberapa anugerah juga telah dipertandingankan termasuklah best figure, best personality, the most talented contestant, best dress, best catwalk, the most popular facebook,  dan the most popular from ticket. Diharapkan para peserta seramai 25 orang ini dapat melakukan yang terbaik semasa pertandingan akhir nanti.






dikarang oleh,
Calista Nadia Lusin

GAMBAR SEMASA DI TAMAN PERTANIAN TENOM

















mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di sekililing Taman Pertanian Tenom.

publisher,
Calista Nadia Lusin

ANUGERAH FESTIVAL FILEM SKRIN DIGITAL SPANGGAR


Pada 16hb, 12,2013 dan 17hb,12,2013 sekolah pengajian seni telah mengadakan satu program penayangan filem pendek terbuka kepada semua orang. Terdapat 18 buah filem pendak yang ditayangkan pada masa itu. Penayangan filem ini dilakukan di Ahmad Nifsu bermula dari jam 2.00 petang sehingga lah 8.30 malam. Kesemua filem-filem pendek menampilkan cerita dan mesej yang berlainan. Antara filem pendek yang telah saya tonton ialah, The bloody night, Ilusi, Mangayau, Tanduo, Pictures, dan Haunted. 

Pengarah Filem the bloody night ialah Ku Za diikuti Pembantu pengarah Mitchel. Filem ini dilakonkan oleh watak Bibi sebagai (Mary), Wani (Sasa), Onde (pembunuh upahan) dan seorang lagi lelaki misteri. Cerita ini,  merupakan sebuah kisah cerita pembunuhan dimana dua orang sahabat iaitu Sarry dan Sasa yang telah lama berkawan rapat sejak dari kecil. Pekerjaan mereka berdua ialah penjual dadah. Marry telah menghianati sahabatnya sasa kerana telah menjual dadah secara persendirian akhirnya membuatkan sasa merasa geram dan ingin mengupah seseorang untuk membunuh Marry. Selepas Marry dibunuh akhirnya sasa juga telah dibunuh oleh pembunuh upahan beliau sendiri. Cerita ini begitu rumit apabila timbul lagi seorang lelaki misteri yang telah membunuh lelaki upahan tersebut. cerita ini juga banyak menggunakan babak pada waktu malam, dimana saya sebagai pelakon dalam filem pendek ini sebagai marry, merasai kesusahan semasa melakonkan babak pada waktu malam. Filem ini juga tidak begitu sesuai dilihat oleh golangan kanak-kana kerana terdapat unsur keganasan. Selain itu, watak-watak dalam filem ini juga mempunyai watak jahat, baik, dan watak sampingan.

Seterusnya filem Tanduo, Filem Tanduo ini diadaptasikan daripada peristiwa bersejarah pencerobohan di Lahad Datu. Cerita ini menyampaikan mesej berkeaan dengan pembunuhan beramai-ramai semasa di Lahad Datu.Pengarah menggunakan cerita ini sebagai menyampaikan pengajaran kepada kita semua berkenaan dengan perjuangan askar dan polis yang telah terkorban semasa bertugas di lahad Datu pada masa itu. Cerita ini juga banyak menggunakan babak pada waktu siang. Cerita ini juga banyak menggunakan unsur keganasan dan kematian. Filem ini tidak begitu sesuai dilihat oleh kanak-kanak kerana terdapat unsur keganasan. Keseluruhan daripada cerita ini menampilkan mesej yang jelas dan mudah difahami.


Selain itu filem yang telah saya tonton ialah Haunted. Filem Haunted ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang ingin mencari kebenaran tentang hantu yang berada disebuah tempat yang sudah lama ditinggalkan orang. Pengarah lebih banyak menggunakan teknik merakam dalam rakaman. Filem ini juga banyak menggunakan babak pada waktu malam. Selain itu, dalam filem ini juga pelakon menggunakan Bahasa inggeris sebagai Bahasa semasa berbual. Dalam filem ini terdapat unsur pembunuhan dimana beberapa orang yang datang ketempat tersebut telah dirasuk dan telah dibunuh. Filem ini juga tidak begitu sesuai ditonton oleh golangan kanak-kanak kerana terdapat unsur keganasan iaitu pembunuhan.

dikarang oleh,
Calista Nadia Lusin


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TENOM


Sekolah pengajian seni telah menjalankan satu lawatan sambil belajar. Lawatan ini diadakan di Taman Lagut Seberang Tenom atau lebih dikenali sebagai Taman Pertanian Tenom. Lawatan ini disertai oleh Pelajar Seni Kreatif, Kluster Penulisan, Tahun Dua. Kem motivasi merupakan program yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Seni (PESAN) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kecemerlangan diri yang betul. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti identiti diri masing-masing seiring dengan kebolehan dan bakat yang ada dalam diri setiap mahasiswa/mahasiswi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengajar para pelajar untuk berdikari dalam bidang pengurusan dan membuka minda yang terbuka untuk menilai dan membuat sesuatu keputusan. Lawatan sambil belajar yang diadakan di kawasan pertanian Tenom ini dapat memberikan ketenangan kepada para pelajar disamping mengurangkan sedikit bebanan yang ada dalam fikiran pembelajaran. Seterusnya, lawatan ini dijalankan selama tiga hari dua malam bermula pada 20hb Disember 2014 sehinggalah 22hb disember 2014.


contoh gambar kumpulan dimana mereka sedang memberikan pembentangan 


karoke juga dijadikan salah satu akitiviti semasa membuat lawatan ini

dikarang oleh
Calista Nadia Lusin


Khamis, 16 Januari 2014

SEJARAH KEMBALI BERULANG

Pada 15hb, January 2014 kawasan Tamparuli telah mengalami tanah runtuh dan banjir yang teruk. Hal ini, disebabkan hujan turun tidak berhenti-henti sejak beberapa hari menyebabkan sesetengah kawasan telah ditengelami air. Tanah runtuh  telah berlaku dikawasan Kampung Rangalau Baru. Tanah runtuh ini berlaku seiring dengan banjir besar yang terjadi dikawasan tamparuli. Tanah runtuh yang berlaku menyebabkan kenderaan terpaksa bergilir-gilir untuk meggunakan laluan yang masih ada. Kawasan banjir yang paling teruk pula berlaku di kawasan jambatan Tamparuli. Banjir teruk yang berlaku menyebabkan beberapa kenderaan telah terkandas dan tidak dapat keluar daripada kawasan tersebut. Antara kenderaan yang terkandas ialah lori, bas, dan kenderan-kenderan yang lain. setelah sekian lama kawasan tamparuli tidak mengalami banjir akhirnya sejarah kembali berulang apabila banjir besar berlaku dikawasan tersebut. bukan sahaja dikawasan Tamparuli malah dikawasan lain turut mengalami hal yang sama.

jalan topokon lama yang turut mengalami banjir


kawasan Topokon


kawasan Tuaran 


kawasan Tamparuli


gambar ini memperlihatkan betapa teruknya banjir dikawasan Tamparuli

dikarang oleh
Calista Nadia Lusin