.jpg)
Kes pecah
rumah, mencuri, merompak dan penyeludupan dadah dan rokok, semuanya melibatkan
pendatang asing dan hal ini amat membimbangkan penduduk tempatan.
Kebanjiran
pendatang asing ke negeri ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Namun, faktor
paling dominan adalah mencari pekerjaan yang baik lantaran persaingan yang
terlalu sengit untuk mencari pekerjaan di negara asal mereka.
Di
Indonesia misalnya, kepadatan penduduk yang tinggi amat menuntut penduduknya
untuk bersaing mendapatkan pekerjaan. Apabila lambakan penduduk terjadi,
imigrasi ke negara lain akan berlaku. Pendatang asing ini akan menggunakan apa
jua cara untuk memasuki negara lain terutamanya negara jiran kerana pintu
sempadan yang dekat dan mudah untuk dimasuki sama ada secara sah ataupun tidak.
Setiausaha
Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman, dalam kenyataan medianya pada 29
April 2011, berkata, keadaan muka bumi Sabah yang berbukit bukau dan bersempadan
dengan pantai yang begitu panjang merupakan cabaran utama kepada pasukan
keselamatan dan agensi penguatkuasaan untuk mengawal pergerakan manusia antara
negeri ini dan negara jiran.
Hal
ini memberikan impak yang besar kepada isu pendatang ini, apatah lagi bancian
pada 2010 menunjukkan bahawa seramai lebih 800,000 orang penduduk di negeri ini
adalah pendatang asing. Tidak mustahil angka ini akan terus meningkat pada
tahun ini. Hal ini amat membimbangkan dan perlu diberikan perhatian yang
khusus.
Pelbagai
masalah sosial yang dicetuskan oleh pendatang asing ini, sama ada mereka datang
daripada Indonesia, Filipina, India, Pakistan ataupun negara lain dan sama ada
mereka datang secara sah ataupun tidak.
Statistik
Jabatan Penjara Sabah yang dikeluarkan pada Oktober tahun ini menunjukkan
bahawa jumlah warga asing yang ramai menyebabkan kesesakan di tiga penjara
utama di Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.
Secara
keseluruhannya sebanyak 60% penghuni penjara ini adalah warga asing dan 40%
adalah penduduk tempatan. Warga asing ini ditahan atas pelbagai tuduhan seperti
jenayah dan dadah serta kesalahan imigresen.
Selain
itu, penyeludupan rokok ke negeri ini juga didalangi oleh pendatang asing. Sama
ada mereka menyeludup masuk dari Tawau atau kawasan pantai timur Sabah.
Kebanyakan
pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang melakukan kegiatan
penyuludupan dan penjualan rokok haram ini di Sabah. Di Sandakan misalnya,
mereka menjual rokok ini secara terbuka di kawasan stesen bas. Tambah
menghairankan apabila mereka ini menjual rokok tersebut tanpa halangan dan
sekatan dari pihak berkuasa seperti pihak Kastam dan polis.
Manakala
di Kota Kinabalu juga tidak terkecuali. Di kawasan seperti di Jalan Sinsuran
Kota Kinabalu, merupakan ‘hot spot’ untuk menjual rokok seludup ini dan dijual
pada harga yang sangat murah.
Jika
penjualan rokok ini boleh dilakukan secara terbuka, tidak mustahil jika
penjualan dadah turut dilakukan oleh pendatang asing ini.
Isu
penjualan arak secara haram di kawasan petempatan penduduk juga suatu fenomena
yang semakin membarah dan perlu ditangani segera. Di Tuaran misalnya, penjualan
arak secara haram ini dilakukan oleh pendatang asing yang mempunyai MyKad.
Kes
pembunuhan yang melibatkan pendatang asing ini turut mengancam keselamatan
penduduk tempatan. Seperti kes yang berlaku pada Mei tahun ini di Kota
Kinabalu, yang melibatkan kematian seorang pemandu van yang dibunuh oleh
perompak yang dipercayai pendatang asing dari Filipina.
Perompak
ini terlebih dahulu merompak kedai emas si mati sebelum membunuhnya dengan cara
menembaknya sehingga mati. Hal ini sekaligus menunjukkan bahawa pendatang asing
ini sangat berbahaya kerana mereka turut memiliki senjata api dan terdapat juga
antara mereka yang memiliki senjata tajam seperti parang dan pisau ‘Rambo’.
Gangguan
seksual terhadap penduduk tempatan oleh pendatang asing ini turut menimbulkan
ketakutan yang berpanjangan, terutamanya kepada golongan wanita. Pendatang
asing ini tanpa rasa takut mengganggu penduduk dan kadang kala sehingga mencabul
dan meraba. Hal ini terjadi di dalam pengangkutan awam, di tempat awam dan di
dalam lif serta di kawasan-kawasan perumahan.
Kebanjiran
pendatang asing ini juga turut menyebabkan pertambahan kawasan setinggan di
negeri ini terutamanya di kawasan bandar besar seperti di Kota Kinabalu, Tawau
dan Sandakan.
Di
Sandakan misalnya, kawasan tumpuan untuk mendirikan perumahan setinggan adalah
di kawasan perindustrian seperti di kawasan Batu Sapi dan di sekitar Batu 2 dan
Jalan Buli Sim-Sim.
Rentetan
daripada masalah setinggan ini, ia turut menyebabkan masalah lain timbul di
kawasan petempatan itu seperti pergaduhan, penyeludupan dadah dan rokok,
pembunuhan dan kecurian.
‘Pembiakan’
masalah sosial ini amat membimbangkan, tambahan pula budaya lain yang dibawa
oleh pendatang asing ini seperti melepak, berjudi dan sebagainya juga semakin
meresap dan menular di kalangan penduduk tempatan, terutamanya remaja.
Persaingan
sengit penduduk tempatan dengan pendatang asing dalam bidang pekerjaan
seharusnya turut dipandang serius oleh kerajaan negeri. Di Sandakan misalnya,
sebuah kilang pengeluar papan lapis yang beroperasi di Batu Sapi telah membuang
pekerja yang terdiri daripada penduduk tempatan dan mengupah pekerja asing yang
didakwa lebih murah kadar gajinya.
Dalam
sektor perkapalan pula, seperti yang dilaporkan oleh Pengarah Jabatan Laut
Sabah, Abdul Aziz Mahamud pada November tahun lalu, 90% pekerja dalam bidang
tersebut adalah terdiri daripada pekerja asing.
Statistik
yang dikeluarkan pada November tahun lalu oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah
merekodkan lebih daripada 15,000 belia di Sabah tidak mempunyai pekerjaan.
Semua ini berlaku kerana penduduk tempatan terpaksa bersaing dengan warga asing
ini untuk mendapatkan pekerjaan.
Tambahan
pula, jika warga asing ini diberikan upah yang lebih rendah, sudah tentu pihak
majikan memilih mereka kerana ia membantu mengurangkan perbelanjaan untuk
membayar upah pekerja.
Berikutan
daripada situasi tersebut, tidak hairanlah apabila ramai daripada anak tempatan
yang berhijrah ke negeri lain di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan
pekerjaan, lantaran taraf hidup yang semakin menuntut untuk mendapatkan wang
untuk meneruskan kehidupan.
Penduduk
di negeri ini sudah muak dengan pelbagai janji yang ditawarkan oleh kerjaan
negeri yang berkali-kali berjanji akan menyelesaikan isu ini, namun ia ibarat
melepaskan batuk di tangga. Tidak ada pun kesungguhan yang diperlihatkan dan
jauh sekali untuk meihat hasilnya.
Pihak
kerajaan negeri seharusnya bersungguh-sungguh dalam menangani masalah pendatang
asing ini. Bekerjasama dengan kerajaan persekutuan juga merupakan langkah yang
bijak kerana di negeri lain di Semenanjung Malaysia turut dibanjiri oleh
pendatang asing dan kebanyakannya membawa masalah yang serupa.
Penubuhan
suruhanjaya, Ops PATI, Makmal Pengurusan Pekerja Asing dan polisi pengurangan
pekerja asing di pelbagai sektor seharusnya dapat menyelesaikan isu ini.
Saya
amat yakin dan percaya bahawa rakyat negeri ini sangat berbesar hati sekiranya
dapat ditempatkan di pelbagai sektor untuk mengisi kekosongan yang ada.
Janganlah sampai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan!
disediakan oleh : Hafizul bin Ainoddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan