Palapes Laut adalah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Tentera Laut.
Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ini ditubuhkan sebagai sebuah pusat melatih
pegawai dalam kalangan mahasiswa. Pertubuhannya ini merupakan salah satu
program Negara melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih
bakal-bakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tentang ilmu
ketenteraan laut. Program latihan Palapes ini akan melayakkan
mahasiswa/mahasiswi IPTA untuk ditauliahkan sebagai pegawai bertauliah
(Lefternan Muda) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Ini akan
membolehkan mereka menjadikan bidang ketenteraan laut sebagai kerjaya atau
alternatif apabila menamatkan pengajian di IPTA.
Program
latihan Palapes Laut ini, berobjektifkan untuk melatih mahasiswa/mahasiswi IPTA
dalam ketenteraan bagi membina insan yang berdisiplin dan bersemangat waja,
serta melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah. Selain itu, latihan
ini sebagai persediaan bagi menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA
untuk di terapkan sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja
Malaysia (PSSTLDM) atau Angkatan Tentera Tetap. Di samping itu, program ini
sebagai langkah mempersiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang
ketenteraan laut bagi mengukuhkan pertahanan keamanan lautan Negara dan
pertahanan Nasional.
Dari
segi aktiviti dan penglibatan Palapes Laut ini sememangnya menunjukkan komitmen
yang tinggi terhadap setiap penglibatan yang dianjurkan dalam Universiti
Malaysia Sabah. Sebagai pasukan yang terlatih, pasukan Palapes Laut ini
mempunyai nilai keterampilan dan kepimpinan yang tinggi. Tambahan itu anggota Palapes
Laut ini kerap terlibat dengan aktiviti-aktiviti utama Universiti. Diantara
acara yang melibatkan Palapes Laut adalah Perbarisan Hari Kebangsaan,
Perbarisan Kehormatan/Diraja, Penganjuran Acara Rasmi di dalam dan luar
Universiti dan sebagainya.
Dalam
unit Palapes Laut ini, mahasiswa/mahasiswi ini dilatih oleh jurulatih-jurulatih
yang terdiri daripada anggota tentera laut TLDM. Program ketenteraan laut ini
melatih seseorang itu memiliki “Multi Skill”. Disamping itu membina perwatakan
dan keperibadian yang positif dan berkarisma tinggi. Latihan dan silibus
pembelajaran palapes laut telah dirangka dengan sistematik agar tidak menganggu
pembelajaran mahasiswa/mahasiswi di Universiti. Antara latihan dan pembelajaran
yang diberikan ialah Tatatertib Dan Peradaban Etika Makan Ketenteraan,
Aktiviti Laut, Latihan Pengendalian Senjata, Latihan Kepimpinan, Kawad Kaki,
Ilmu Pelayaran, Ilmu Pengendalian Kapal Pelayaran, Undang-Undang Maritim dan
Ilmu Kawalan Keselamatan Dan Melawan Kebakaran. Kesemua Pegawai Kedet harus
mengikuti setiap latihan yang dijalankan sebelum layak ditauliahkan
Tambahan itu, terdapat banyak kelebihan dalam menyertai program Palapes antaranya mahasiswa/mahasiswi akan mendapat penginapan tetap didalam kampus selagi masih menjadi anggota Palapes, mandapat elaun latihan dan elaun pakaian dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
By: Elisabeth maillin
Tambahan itu, terdapat banyak kelebihan dalam menyertai program Palapes antaranya mahasiswa/mahasiswi akan mendapat penginapan tetap didalam kampus selagi masih menjadi anggota Palapes, mandapat elaun latihan dan elaun pakaian dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
By: Elisabeth maillin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan