Sabah,
negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau
ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer
persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan
terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di
sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara
Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya
dikenali sebagaiJesselton semasa
zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status
bandaraya pada 2 Februari 2002
![]() |
peta negeri sabah |
Dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah bukan sahaja
terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga dengan warisan budaya
penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di
dunia Rafflesia
dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah.
Terdapat pelbagai spesies anggerik/ orkid, periuk kera dan rhododendron pula didapati
tumbuh di Sabah.
Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah bergunung-ganang disilangi
dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah
yang subur dan gua juga boleh ditemui di hutan-hutannya.
Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah
dengan ketinggian 4,059 meter.
Hutannya
yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak
sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan
burung. Aktiviti pembalakan yang kurang terkawal telah pun memusnahkan kawasan
hutan rimba yang amat luas semenjak 20 tahun yang lalu. Spesis-spesis flora dan
fauna juga telah banyak menghadapi kepupusan di kawasan tertentu serta menjadi
semakin sukar ditemui seperti yang berlaku kepada spesis bunga orkid dan juga
beruang madu hitam Malaysia. Kawasan yang masih
selamat untuk tumbuhan dan haiwan terancam hidup adalah dalam kawasan hutan
simpan. Kawasan hutan simpan ini seperti Maliau
Basin dan Hutan
Simpan Raflesiaadalah contoh hutan simpan yang ada di
Sabah. Tempat ini secara langsung menjadi daya tarikan pelancongan serta
kawasan kajian biologi yang penting baik dalam negara atau luar negara.
Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Keadaan politik Sabah di negara Malaysia adalah sangat rancak di mana parti-parti politik yang mewakili kaum-kaum etnik telah banyak ditubuhkan serta lantang dalam memberikan pendapat mereka.
Berdasarkan kepada penemuan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka kawasan perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Namun demikian, setelah Malaysia mencapai kemerdekaan sepenuhnya daripada pihak British pada 31 Ogos 1957 senario kehidupan rakyat Sabah berubah sama sekali.

Selepas kemusnahan akibat peperangan, Sabah menjadi jajahan British sehingga
tarikh rasmi 16 September 1963, iaitu setelah mencapai kemerdekaan sepenuhnya
dari pihak British. Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi
Persekutuan Malaysia.
Disediakan oleh: Hafizul Bin Ainoddin
Disediakan oleh: Hafizul Bin Ainoddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan