Kota Kinabalu, 15 Dicember 2013-
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan satu program iaitu “Sembang
Buku, Jom ke DBP. Program ini telah dilangsungkan di Taman Chong Thien Vun,
Kota Kinabalu. Dalam melangsungkan program ini, pihak DBP telah menjalankan
kerjasama yang baik dengan pihak Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Sekolah
Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Program ini turut dilancarkan lagi
dengan kehadiran sendiri pengarah DBP iaitu Tuan Jamaluddin Bin Mohd Sulong dan
penyelaras kelab KARMA iaitu Encik Lokman Bin Abdul Samad. Kerjasama ini
sebenarnya mempunyai objektif tertentu iaitu merapaatkan lagi silaturahim dan
kerjasama antara warga DBP dengan ahli kelab KARMA itu sendiri.
Pada dasarnya program ini dicetuskan
untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan yang
perlu kita sanjung tinggi dan mengagungkannya. Selaras dengan program ini yang
bertujuan untuk menarik semua peringkat golongan masyarakat agar menyemai sikap
suka membaca dalam diri sendiri. Selain itu, program ini juga telah memberi
kesempatan kepada pihak DBP untuk memperkenalkan buku-buku terbitan DBP yang
terkini kepada semua pengunjung yang mengunjungi atau menghadiri program yang
berlangsung itu.
Di samping itu, sesuai dengan tajuk
program yang dianjurkan, acara sembang buku terbitan terbaru oleh DBP pada
tahun 2013. Sembang buku ini telah dikelolakan oleh dua orang pelajar Sekolah
Pengajian Seni (SPS) yang juga merupakan ahli kelab KARMA iaitu Hazwan bin Abu
Seman yang berkongsi sedikit jalan cerita buku yang bertajuk “Tibabar Benteng
Terakhir Panglima Mat Salleh” dan Ar-Rahim bin Abu dengan buku “Melorek Kasih”.
Turut memeriahkan lagi program ini, persembahan
sketsa berbalas pantun terut diadakan yang disertai oleh pelajar tahun dua SPS
yang mengambil jurusan seni kreatif. Dalam sketsa ini mengambil sebanyak enam
orang peserta yang terdiri daripada dua orang lelaki dan empat orang perempuan
yang juga merupakan merupakan ahli kelab KARMA. Dengan penyertaan ini sangat
jelas bahawa pelajar SPS telah memainkan peranan mereka dalam mengangkat
martabat bahasa dan menyedarkan masyarakat betapa berharganya nilai-nilai yang
terdapat dalam bahasa kesusasteraan jika diamatinya dengan baik.
Pelajar SPS Universiti Malaysia Sabah,
Muhd Fakhri ismail, 21 berkata dengan adanya program ini yang di adakan pada
hujung minggu ianya dapat mengisi masa lapang para pelajar universiti itu
sendiri serta semua orang yang mengunjungi program ini.
“Program yang diadakan ini sangat
menepati waktunya kerana pada waktu itu tempat ini sangat ramai orang kerana
terdapat pasar minggu di situ. Hal ini, orang yang lalu lalang di sini dapat
meluangkan waktunya dengan menghadiri program Jom ke DBP ini”.
Muhd Fakri menambah, hasil pengalaman
pada program tersebut mampu membuka minda masyarakat untuk berfikir secara
lebih luas berkaitan kepentingan bahasa dan sastera dalam kehidupan. “Dalam
program tersebut banyak motivasi dan pengalaman yang diberikan oleh KARMA, dan
saya juga berkesempatan untuk berkenalan dengan pihak DBP serta menimba sedikit
sebanyak ilmu daripada mereka”.
Dalam program ini pada dasarnya
mengajak masyarakat untuk mencintai bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni
yang ada dalam budaya masyarakat setempat. Langkah ini adalah bagi mempertingkatkan
pengamalan nilai-nilai murni dan segala pengajaran dalam kehidupan seharian
serta membentuk masyarakat, khususnya golongan muda untuk menjadi modal
insan kelas pertama.
Disediakan oleh: Muhamad Azizan Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan