Kota Kinabalu, 04
Disember 2013 sekali lagi sekolah pengajian seni universiti malaysia sabah
telah mengadakan program fasion show dan grand resital secara besar-besaran. Program
yang berlansung pada jam 2.00 petang sehingga jam 5.00 petang telah mendapat
sambutan mengalakkan daripada pelajar sekolah pengajian seni dan
sekolah-sekolah lain. Hampir semua pelajar sekolah pengajian seni terlibat
dalam program tersebut. Antara pelajar pelajar yang terlibat ialah pelajar dari
program seni kreatif, program seni musik dan pelajar program teknologi seni
visual. Ketiga-tiga program tersebut bergabung untuk menjadikan program resital
pada tahun ini lebih meriah.
Program grand
resital sebenarnya merupakan satu program yang wajib di ambil oleh pelajar
sekolah pengjian seni. Hampir setiap tahun program grand resital akan di
jalankan oleh pelajar sekolah pegajian seni. Bagi pelajar sekolah penjian seni
tahun 1 dan tahun 3 mereka wajib melakukan persembahan semasa program
dijalankan manakala pelajar tahun 2, mereka akan melaksanakan tugasnya sebagai
pengurusan. Hal ini dimana, pelajar tahun dua perlu membuat persiapan awal
untuk pelajar tahun 1 dan tahun 3 membuat persembahan.
Grand resital
sekali ini agak berbeza sedikit dengan tahun yang sebelunya. Hai ini dimana
dengan pemilihan temanya dan kelaianan dari segi persembahannya. Dengan persetujuan
semua pelajar program resital telah memilih tema retro sebagai tema yang diguna
pakai untuk program kali ini.
Antara program yang
berlansung pada hari resital ialah fasion show yang dipersembahkan oleh pelajar
seni tahun 3 yang mempersembahkan rekaan pakaiannya dan lebih meriah lagi
persembahan yang di persembahkan oleh pelajar dari kolej kosmo point. Fasion
show merupakan program yang ditunggu ramai oleh pelajar UMS kerana rekaan
pakaian yang dipersembahkan menarik perhatian. Terdapat juga persembahan koir
dari tahun, persembahan musik, teater dan banyak lagi.
Justeru itu,
program sebegini perlu diteruskan oleh
sekolah pengajian seni kerana banyak feadah yang diperolehi dalam program
tersebut. Hal ini dimana pelajar bersatu dan sebulat suara untuk melaksanakan
program dengan jayanya. Dengan kerjasama yang baik dari pelajar sekolah
pengajian seni program resital telah melabuh tirai dengan sempurnanya. Harapan
kami bagi pelajar sekolah pengajian seni supaya program sebegini perlu
diteruskan pada generasi yang kan datang. Akhir kata Disinilah jiwa dan minda
akan bersatu.
Disediakan oleh : Hafizul Ainoddin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan