Pada 20 Disember hingga 22 Disember 2013, Manjor
Penulisan Sekolah Pengajian Seni telah
mengadakan satu program lawatan sambil belajar bertempat di Taman Pertanian
Sabah di kawasan Tenom. Sedikit tentang
taman ni adalah taman ini merupakan sebuah taman pembelajaran yang
berorentasikan ilmu dan berkonsepkan pendidikan dan riadah. Ia memiliki koleksi
tumbuhan dan landskap tanaman hiasan serta aktiviti-aktiviti pendidikan yang
mengagumkan. Taman ini terletak di Lagud Sebrang Tenom, ia dibuka dari hari
Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum (9.00 pagi – 4.30 petang).
Kemudahan yang terdapat di Taman ini antaranya Pusat
Penerangan, Asrama, kawasan Perkhemahan, Restoran, Kedai Cenderakenangan, Tasik
berperahu dan lain-lain.
Sepanjang kami di sana kami mempelajari tentang cara-cara
fotogarfi. Fotografi adalah seni atau suatu proses penghasilan gambar dan
cahaya yang dipantulkan oleh objek masuk ke dalam lensa kemudian dipancarkan ke
pita film, sehingga menghasilkan gambar. Terdapat 8 prinsip-prinsip fotografi
iaitu Subjek ,Penempatan
Subjek Utama , Titik
Pandang,
Latar Belakang ,
Latar Depan, Ruang Untuk
Garis Pandang & Garis Gerak ,Cahaya dan Bayang
dan Variasikan Syot Gambar .
Disediakan oleh
Gen-gen
Tiada ulasan:
Catat Ulasan