Pada 12 Februari 2013 sekumpulan pengganas
dari Filipina iaitu dari kaum Sulu telah menceroboh masuk ke Sabah iaitu di
Lahad Datu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu.
Sekumpulan pengganas ini dipercayai diketuai oleh adik Sultan Jamalul Kiran
sendiri dan ianya telah menyerang anggota keselamatan negara yang bertugas pada
masa itu. Dalam serangan tersebut telah meragut nyawa beberapa orang anggota
keselamatan negara. Dalam masa yang sama juga pasukan polis negara kita telah
berbalas tembakan dengan sekumpulan penceroboh tersebut. Pihak pengganas Sultan
Sulu ini telah bergerak ke Semporna, Sabah di mana pengganas tersebut telah
membuat kekacauan di Semporna pula. Semasa anggota kita berbalas-balas tembakan
dengan sekumpulan pengganas tersebut, anggota keselamatan negara telah
terkorban akibat daripada tipu muslihat musuh. Menurut sumber yang di peroleh
dalam kejadian tipu muslihat itu, seramai 8 orang anggota keselamatan negera
terkorban dalam kejadian tersebut. Akibat daripada kejadian tersebut, banyak
kedai-kedai telah ditutup kerana bimbang akan keselamatan yang semakin
terancang kerana pihak pengganas bertindak tidak menghiraukan orang awam.
Dalam menangani masalah pencerobohan
ini, kerajaan Malaysia telah mengarahkan pihak penceroboh menyerah diri dan
mahu berunding tanpa melibatkan pertumpahan darah di bumi Sabah ini, namun
pihak musuh enggan berbuat demikian. Oleh itu, kerajaan menyerahkan tugas
tersebut kepada pihak polis agar perang tidak berlaku tetapi pihak musuh masih
lagi menyerang anggota keselamatan negara kita. Selepas itu, barulah Anggota Tentera
Malaysia (ATM) mengambil alih tugas untuk melindungi negeri Sabah. Setelah ATM mengambil tugas ini, tiada lagi kompromi
terhadap pihak penceroboh tersebut dan misi utama ATM adalah menghapuskan semua
pihak penceroboh tersebut. Setelah menerima arahan, anggota ATM telah
melancarkan serangan dengan bantuan anggota penembak tepat di kawasan fokus
iaitu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dimana tempat ketua penceroboh iaitu Raja
Muda Azzamudie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiran III
bersama 100 orang pengikutnya berkubu. Menurut laporan yang diterima, seawal
jam 1.45 pagi anggota ATM memulakan serangan tersebut yang dikenali sebagai Ops
Sulu telah mengorbankan lebih kurang 30 orang penceroboh terbunuh. Kemudianya
Ops Sulu tersebut telah sebagai Ops Daulat telah dijalankan di pantai timur
Sabah. Selain itu, pihak polis juga berjaya menahan empat lelaki yang
dipercayai anggota pengganas Sultan Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul yang
terletak kira-kira lima kilometer dari sini semalam. Menurut sumber, serbuan
itu dilakukan adalah hasil daripada maklumat risikan dan orang awam yang
mendakwa terdapat pergerakan luar biasa
pada waktu malam dua hari lalu di kampung tersebut.
Akibat daripada kekacauan puak Sulu ini
telah mengakibatkan banyak pertumpahan darah berlaku di Sabah dan sekali gus
telah menjejaskan ekonomi di Sabah ini kerana sikap yang tidak bertanggungjawab
yang berpunca daripada kekacauan tersebut. Banyak sekolah telah ditutup malah
kampus UMS di Labuan terpaksa ditutup kerana ketiadaan bekalan makanan dan demi
menjamin keselamatan pelajar. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengarahkan
anggota keselamatan memperketatkan kawalan dan bersedia menghadapi segala
kemungkinan yang bakal berlaku, malah anggota ATM dari semenanjung juga telah
diarahkan bertugas di Sabah bagi menjamin keselamatan penduduk Sabah.
Disediakan
oleh: Muhamad Azizan Bin Alias
Tiada ulasan:
Catat Ulasan