Banjir ialah
keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang
luas.
Banjir daripada laut
boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng
semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin
terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan,
air pasang tinggi,tsunami,
atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat
terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di
seluruh dunia.
Banjir berlaku apabila
sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang
buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai
berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland.
Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua
air. Air itu
kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh
aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air
buatan manusia.
Banjir adalah bencana
alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau
mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi
melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.
antara lain, banjir
boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku
banjir adalah:
·
1.Hujan
yang berterusan
Hujan yang berterusan
tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan
rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan
melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
·
2.Proses
pembandaran
Proses pembandaran
menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan tanah rendah
telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga
anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti
seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak
sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah
ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan
bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan
bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
·
3.Hakisan
sungai
Hakisan sungai yang
kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula
jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila
hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing
sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar
sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti
manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan
sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan
pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi
cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau
megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing
dan dengan ini banjir akan berlaku.
·
4.Hutan
tadahan
Hutan merupakan satu
kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan
juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan
kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar
antara dua peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke
anak-anak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan
membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air
secara semula jadi.
·
5.Pemusnahan
hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan
Hujan yang turun dengan
lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak
mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan
air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
·
6.Sistem
perparitan tidak terancang
Masalah banjir yang
sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang
dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan
air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
Antara gambar-gambar semasa banjir.
Disediakan oleh
Geneva Jasmin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan