Seseorang manusia
pastinya mempunyai perasaan cinta dan rasa kasih sayang antara satu sama lain
terutamanya rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah s.w.t dan dituruti dengan
rasa cinta dan kasih kepada manusia. Tetapi tidak semua orang yang mempunyai
perasaan cinta dan rasa kasih kepada Allah s.w.t sepenuh hati. Manusia yang
mencintai kepada Allah s.w.t adalah manusia yang mensyukuri nikmat yang telah
di berikannya dan menggunakannya sebaik mungkin. Orang-orang ini adalah orang
hidupnya di redhai oleh Allah s.w.t dan kehidupan mereka ini selalunya tenang
dan tanpa mempunyai banyak masalah. Seseorang insan di muka bumi ini haruslah
beriman kepada-Nya seikhlas hati tanpa mengungkitnya kelak, nescaya orang-orang
ini akan diterima cintanya oleh Allah s.w.t. Orang-orang yang beriman ini, cinta
dan perasaan kasih sayang terhadap pencipta-Nya melebihi perasaan cinta dan
kasih sayang terhadap manusia. Oleh itu, manusia yang memberikan cintanya yang
ikhlas dan mengikuti segala arahannya serta meninggalkan segala larangan-Nya
pasti hidup mereka ini di berkati di rahmati oleh Tuhan yang esa.
Seseorang
insan yang bernama manusia yang lahir di muka bumi ini, tidak kiralah sesiapa
pun termasuklah saya sendiri harus menunaikan segala suruhan dan tidak
melakukan segala larangan Allah s.w.t. Kita sebagai manusia biasa yang begitu
lemah sekali harus melakukan perkara yang sangat asas dalam agama islam iaitu
menunaikan solat sebanyak lima waktu sehari semalam. Selepas itu, barulah kita
melakukan perkara-perkara yang sunat seperti bersedekah, menunaikan solat sunat
hajat, berpuasa sunat dan sebagainya. Akan tetapi kita haruslah mengenali erti
cinta itu barulah kita dapat mencintai Allah s.w.t dengan penuh kesetiaan yang tiada
tandingannya.
Selain itu, cinta
seseorang ataupun setiap manusia di muka bumi ini haruslah seimbang untuk
mencintai seseorang dengan menilai dari segi baik buruknya dengan bersandarkan
cinta kepada Allah s.w.t. Manusia yang sedang hanyut bercinta ini di beri
perhatian agar tidak terjebak dengan maksiat. Oleh itu, setiap manusia yang
bercinta haruslah mengenali Tuhannya dulu barulah kita dapat mengenali
makhluknya. Untuk mengenali Tuhan kita pastinya kita tidak akan dapat menemui
jawapannya, kita hanya dapat mengetahui sifat-sifatnya sahaja. Jikalau tidak
boleh mencari cinta Allah s.w.t pastinya sesorang itu resah mencarinya dengan
akal dan firasat tidak akan ke mana.
Seterusnya, kita sebagai
umat Islam telah dituntut oleh agama kita agar bertaqwa kepada Allah s.w.t demi
memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Segala perbuatan baik ataupun jahat yang
pernah kita lakukan semasa hidup akan diperhitungkan satu persatu di akhirat
kelak. Oleh itu, cinta kepada Allah s.w.t adalah cinta yang kekal abadi
selamanya dalam hidup kita. Kesetiaan kita kepada Allah s.w.t haruslah dapat di
ibaratkan dengan lautan api sanggup kita renangi demi mendapat keredhaan Allah
s.w.t.
Di samping itu, cinta
kepada yang maha esa ini juga dapat kita ambil iktibar daripada junjungan besar
kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang
begitu taat kepada Allah s.w.t dan sifat keperibadiaanya yang begitu mulia
serta sifat sabarnya yang begitu tinggi. Contohnya, semasa beliau berdakwah
beliau telah mengalami kesusahan dalam mengajak orang kafir supaya masuk islam,
malah ketika itu jugalah beliau telah dilontarkan dengan najis tetapi dengan sifat
sabar yang tinggi yang ada dalam dirinya beliau telah membalas kejahatan itu
dengan kebaikan. Di sini, jelas sekali bahawa mencintai kepada Allah s.w.t
dapat menunjukkan dapat mengajar kita erti kehidupan yang sebenar dan kita akan
lebih memahami tentang kehidupan.
DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD
AZIZAN BIN ALIAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan