Ahad, 20 Oktober 2013

PERKHIDMATAN UNIT MEDIA dan TEKNOLOGI PELAJAR (UMTP) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)


Unit media dan teknologi pelajar (UMTP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah ditubuhkan di UMS ini bukanlah disengaja-sengajakan, ianya mempunyai tujuan dan matlamat tertentu bagi melancarkan perjalanan pertadbiran, pembelajaran, kerja-kerja penyelenggaraan berkaitan teknologi dan multimedia dan sebagainya yang berkaitan UMS. Dalam memastikan semua sektor atau bahagian dibawahnya memainkan peranan penting dalam memastikan perkhidmatan yang diberikan bermutu tinggi dan terbaik UMTP membahagikan tugas kepada dua bahagian iaitu yang pertama bahagian infrastruktur dan yang kedua bahagian pengurusan maklumat.
Tugas bahagian infrastruktur terbahagi kepada dua pula iaitu sektor operasi sistem dan sektor teknologi. Dalam sektor operasi sistem ini ia bertanggungjawab menjaga seksyen sistem keselamatan dan seksyen rangkaian dan komunikasi. Dalam melaksanakan tugas yang melibatkan seluruh warga UMS tidak kira daripada pelajar sehinggalah kepada kakitangan yang berkhidmat di UMS, bahagian inilah yang bertanggunggjawab dalam menyediakan dan menyelenggara sistem rangkaian komputer  seluruh kampus, selain memastikan keselamatan rangkaian kampus adalah terpelihara. Dalam seksyen ini juga, para petugas harus memberi khidmat nasihat teknikal mengenai pengkabelan (LAN/Wireless) yang sedia / baru kepada PTJ yang membuat pengubahsuaian ruang dan IP Address penyediaan spesifikasi teknikal dan pemantauan projek yang berkaitan untuk keperluan universiti.
Dalam bahagian sektor teknologi pula ianya bertanggungjawab dalam dalam mengawal gerak kerja dalam seksyen Komputer dan Perisian dan dalam seksyen Teknologi Pendidikan. Para pekerja yang berada dibahagian sektor teknologi  diberi tanggungjawab untuk membuat perancangan perolehan dan pengagihan komputer, pencetak, pengimbas, menaiktaraf sistem pengoperasi, sistem aplikasi dan sebagainya. Para pekerja yang diambil dibahagian ini berkebolehan dalam memberikan bantuan teknikal dalam penyelesaian masalah yang berkaitan dan penyediaan spesifikasi perkakasan komputer dan peralatan sokongan serta sistem aplikasi  atau perisian untuk penilaian teknikal. Antara tugas-tugas kakitangan di sektor ini termasuklah:
·         Penyelenggaraan komputer secara berjadual.
·         Menyediakan perkhidmatan peminjaman komputer.
·         Memberi perkhidmatan instalasi perisian dan memantau pelaksanaan projek penyelenggaraan komputer dan peralatan sokongan hak milik penuh universiti atau sewaan oleh universiti.
Selain itu, dalam seksyen Teknologi Pendidikan pula bertanggungjawab dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bantuan dalam menggunakan Alat Bantu Mengajar (ABM) selain mengatur sesi latihan penggunaan peralatan untuk tenaga pengajar akademik (bagi yang memerlukan) dan menyediakan spesifikasi dan membuat penilaian teknikal ABM. Ia juga bertanggungjawab dan wajib memberi pinjaman ABM kepada PTJ yang memerlukan.
Selain itu, tugas dan tanggunggjawab bahagian pengurusan maklumat pula terbahagi kepada dua iaitu Sektor Aplikasi Pentadbiran dan Sektor Aplikasi Akademik. Dalam sektor aplikasi pentadbiran terdapat beberapa seksyen yang membantu menggerakkan kerja dalam aplikasi pentabiran iaitu seksyen Sistem Maklumat Sumber Manusia dan Eksekutif. Seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat untuk kegunaan pihak pengurusan sumber manusia. Dalam Seksyen Maklumat Kewangan, seksyen ini bertanggungjawab terhadap sistem maklumat kewangan bersepadu untuk kegunaan pihak pengurusan kewangan universiti. Seksyen Maklumat Perpustakaan bertanggungjawab terhadap sistem maklumat perpustakaan
Seterusnya, dalam sektor Aplikasi Akademik terdapat dua seksyen yang membantu menjalankan dan melicinkan perjalanan kerja di sektor ini iaitu seksyen Sistem Pengurusan maklumat pembelajaran  dan seksyen Multimedia. Seksyen sistem pengurusan maklumat pembelajaran bertanggunggjawab membuat perancangan dan memastikan learning management system (LMS) berjalan dengan lancar dan juga menyelenggara  LMS untuk memantapkan lagi fungsi-fungsinya. Dalam seksyen multimedia pula diberi tugas untuk membangunkan teknologi multimedia termasuklah penghasilan media video dan multimedia interaktif.

Secara keseluruhannya, kesemua sektor dan seksyen ini mempunyai peranan dan tugas masing-masing dalam membantu jabatan-jabatan mewujudkan sistem aplikasi untuk tujuan mencekapkan lagi pengurusan dan pentadbiran. Oleh itu, apabila pengurusan dan pentadbiran yang berkualiti sudah tentu hasil yang dapat diperolehi memuaskan bagi memenuhi dan cita rasa dunia yang semakin berteknologi tinggi serta memudahkan warga menikmati perkhidmatan yang berkaitan dengan UMTP terutamanya daripada kalangan pelajar UMS.

muhamad azizan bin alias
bc 12110088

Tiada ulasan:

Catat Ulasan