Khamis, 24 Oktober 2013

Kesederhanaan Dalam Ibadah Korban



Khamis, 17 Oktober, Universiti Malaysia Sabah “ Dalam melaksanakan ibadah korban pada masa yang sepatutnya kita hendaklah sentiasa mempunyai hati yang ikhlas baharulah apa yang kita laksanakan itu tidak sia-sia”.
Demikian ucapan seorang ustaz iaitu Ustaz Md. Razali Bin. Saidin dari Unit Hal Ehwal Islam dan Masjid Universiti Malaysia Sabah yang turut hadir bersama dalam melaksanakan ibadah korban pada hari itu. Beliau mencuri beberapa minit untuk mengingatkan para penyumbang yang terlibat dalam ibadah korban pada hari itu agar ikhlas dan tidak mengungkit apa yang telah diberikan. Dalam ibadah korban yang sebenarnya, kita bukanlah mengorbankan wang ringgit malah kita perlu mengorbankan hawa nafsu kita dan yang paling penting kita melakukan ibadah korban hanyalah kerana Allah S.W.T.
“ Seluruh umat Islam wajib mengetehui bahawa ibadah korban adalah merupakan ibadah yang sangat mulia disisi Allah S.W.T dan ianya bertujuan untuk mendekatkan lagi diri kepada-Nya. Sesungguhnya fadhilat serta kelebihan ibadah korban ini amatlah besar bagi mereka yang melaksanakan perintah Allah S.W.T”.
Ulas beliau lagi, dalam melaksanakan ibadah korban ini wang ringgit bukanlah segala-galanya dan bukan ukuran dalam beribadah. Ikhlas tidak perlu ditunjuk-tunjukkan di khalayak dan tidak perlu dibuat pengumuman kerana ikhlas itu diam dan tidak menunjuk-nunjuk. Jadi, biarlah kita bersedekah secara bersederhana sahaja yang pasti ibadah kita diterima.
Jesteru itu, beliau sangat berharap agar para penyumbang pada hari ini tidak berasa asing dan dapat meluangkan masa untuk turut bersama-sama dalam ibadah korban ini. Sekiranya mereka turut serta bersama-sama bertakbir semasa proses penyembelihan dilakukan, ibadah korban ini lebih afdal dan dapat menghayati sendiri erti korban yang sebenar.
Disediakan oleh:
Muhamad Azizan Bin Alias



Tiada ulasan:

Catat Ulasan