Rabu, 15 Januari 2014

KARMA Pencetus Minat Membaca





Kota Kinabalu, 15 Dicember 2013- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan satu program iaitu “Sembang Buku, Jom ke DBP. Program ini telah dilangsungkan di Taman Chong Thien Vun, Kota Kinabalu. Dalam melangsungkan program ini, pihak DBP telah menjalankan kerjasama yang baik dengan pihak Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA), Sekolah Pengajian Seni, Universiti Malaysia Sabah. Program ini turut dilancarkan lagi dengan kehadiran sendiri pengarah DBP iaitu Tuan Jamaluddin Bin Mohd Sulong dan penyelaras kelab KARMA iaitu Encik Lokman Bin Abdul Samad. Kerjasama ini sebenarnya mempunyai objektif tertentu iaitu merapaatkan lagi silaturahim dan kerjasama antara warga DBP dengan ahli kelab KARMA itu sendiri.
Pada dasarnya program ini dicetuskan untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu iaitu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu kita sanjung tinggi dan mengagungkannya. Selaras dengan program ini yang bertujuan untuk menarik semua peringkat golongan masyarakat agar menyemai sikap suka membaca dalam diri sendiri. Selain itu, program ini juga telah memberi kesempatan kepada pihak DBP untuk memperkenalkan buku-buku terbitan DBP yang terkini kepada semua pengunjung yang mengunjungi atau menghadiri program yang berlangsung itu.
Di samping itu, sesuai dengan tajuk program yang dianjurkan, acara sembang buku terbitan terbaru oleh DBP pada tahun 2013. Sembang buku ini telah dikelolakan oleh dua orang pelajar Sekolah Pengajian Seni (SPS) yang juga merupakan ahli kelab KARMA iaitu Hazwan bin Abu Seman yang berkongsi sedikit jalan cerita buku yang bertajuk “Tibabar Benteng Terakhir Panglima Mat Salleh” dan Ar-Rahim bin Abu dengan buku “Melorek Kasih”.
Turut memeriahkan lagi program ini, persembahan sketsa berbalas pantun terut diadakan yang disertai oleh pelajar tahun dua SPS yang mengambil jurusan seni kreatif. Dalam sketsa ini mengambil sebanyak enam orang peserta yang terdiri daripada dua orang lelaki dan empat orang perempuan yang juga merupakan merupakan ahli kelab KARMA. Dengan penyertaan ini sangat jelas bahawa pelajar SPS telah memainkan peranan mereka dalam mengangkat martabat bahasa dan menyedarkan masyarakat betapa berharganya nilai-nilai yang terdapat dalam bahasa kesusasteraan jika diamatinya dengan baik.
Pelajar SPS Universiti Malaysia Sabah, Muhd Fakhri ismail, 21 berkata dengan adanya program ini yang di adakan pada hujung minggu ianya dapat mengisi masa lapang para pelajar universiti itu sendiri serta semua orang yang mengunjungi program ini.
“Program yang diadakan ini sangat menepati waktunya kerana pada waktu itu tempat ini sangat ramai orang kerana terdapat pasar minggu di situ. Hal ini, orang yang lalu lalang di sini dapat meluangkan waktunya dengan menghadiri program Jom ke DBP ini”.
Muhd Fakri menambah, hasil pengalaman pada program tersebut mampu membuka minda masyarakat untuk berfikir secara lebih luas berkaitan kepentingan bahasa dan sastera dalam kehidupan.  “Dalam program tersebut banyak motivasi dan pengalaman yang diberikan oleh KARMA, dan saya juga berkesempatan untuk berkenalan dengan pihak DBP serta menimba sedikit sebanyak ilmu daripada mereka”.
Dalam program ini pada dasarnya mengajak masyarakat untuk mencintai bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ada dalam budaya masyarakat setempat. Langkah ini adalah bagi mempertingkatkan pengamalan nilai-nilai murni dan segala pengajaran dalam kehidupan seharian serta membentuk masyarakat, khususnya golongan muda  untuk menjadi modal insan kelas pertama.

Disediakan oleh: Muhamad Azizan Alias




Tiada ulasan:

Catat Ulasan