Jumaat, 10 Januari 2014

Lawatan Sambil Belajar



    Pada 20 Disember hingga 22 Disember 2013, Manjor Penulisan  Sekolah Pengajian Seni telah mengadakan satu program lawatan sambil belajar bertempat di Taman Pertanian Sabah di kawasan Tenom.  Sedikit tentang taman ni adalah taman ini merupakan sebuah taman pembelajaran yang berorentasikan ilmu dan berkonsepkan pendidikan dan riadah. Ia memiliki koleksi tumbuhan dan landskap tanaman hiasan serta aktiviti-aktiviti pendidikan yang mengagumkan. Taman ini terletak di Lagud Sebrang Tenom, ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad termasuk cuti umum (9.00 pagi – 4.30 petang).

      Kemudahan yang terdapat di Taman ini antaranya Pusat Penerangan, Asrama, kawasan Perkhemahan, Restoran, Kedai Cenderakenangan, Tasik berperahu dan lain-lain.

      Sepanjang kami di sana kami mempelajari tentang cara-cara fotogarfi. Fotografi adalah seni atau suatu proses penghasilan gambar dan cahaya yang dipantulkan oleh objek masuk ke dalam lensa kemudian dipancarkan ke pita film, sehingga menghasilkan gambar. Terdapat 8 prinsip-prinsip fotografi iaitu Subjek ,Penempatan Subjek Utama , Titik Pandang, Latar Belakang , Latar Depan, Ruang Untuk Garis Pandang & Garis Gerak ,Cahaya dan Bayang  dan Variasikan Syot Gambar .








 Disediakan oleh
Gen-gen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan