Khamis, 16 Januari 2014

Palapes Laut Universiti Malaysia Sabah (UMS)




      Palapes Laut adalah Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Tentera Laut. Pasukan Latihan Pegawai Simpanan ini ditubuhkan sebagai sebuah pusat melatih pegawai dalam kalangan mahasiswa. Pertubuhannya ini merupakan salah satu program Negara melalui Kementerian Pertahanan yang berperanan untuk melatih bakal-bakal pegawai dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tentang ilmu ketenteraan laut. Program latihan Palapes ini akan melayakkan mahasiswa/mahasiswi IPTA untuk ditauliahkan sebagai pegawai bertauliah (Lefternan Muda) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Ini akan membolehkan mereka menjadikan bidang ketenteraan laut sebagai kerjaya atau alternatif apabila menamatkan pengajian di IPTA.
  Program latihan Palapes Laut ini, berobjektifkan untuk melatih mahasiswa/mahasiswi IPTA dalam ketenteraan bagi membina insan yang berdisiplin dan bersemangat waja, serta melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran insaniah. Selain itu, latihan ini sebagai persediaan bagi menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan IPTA untuk di terapkan sebagai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) atau Angkatan Tentera Tetap. Di samping itu, program ini sebagai langkah mempersiapkan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan laut bagi mengukuhkan pertahanan keamanan lautan Negara dan pertahanan Nasional.
  Dari segi aktiviti dan penglibatan Palapes Laut ini sememangnya menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap setiap penglibatan yang dianjurkan dalam Universiti Malaysia Sabah. Sebagai pasukan yang terlatih, pasukan Palapes Laut ini mempunyai nilai keterampilan dan kepimpinan yang tinggi. Tambahan itu anggota Palapes Laut ini kerap terlibat dengan aktiviti-aktiviti utama Universiti. Diantara acara yang melibatkan Palapes Laut adalah Perbarisan Hari Kebangsaan, Perbarisan Kehormatan/Diraja, Penganjuran Acara Rasmi di dalam dan luar Universiti dan sebagainya.
    Dalam unit Palapes Laut ini, mahasiswa/mahasiswi ini dilatih oleh jurulatih-jurulatih yang terdiri daripada anggota tentera laut TLDM. Program ketenteraan laut ini melatih seseorang itu memiliki “Multi Skill”. Disamping itu membina perwatakan dan keperibadian yang positif dan berkarisma tinggi. Latihan dan silibus pembelajaran palapes laut telah dirangka dengan sistematik agar tidak menganggu pembelajaran mahasiswa/mahasiswi di Universiti. Antara latihan dan pembelajaran yang diberikan ialah Tatatertib Dan Peradaban Etika Makan Ketenteraan, Aktiviti Laut, Latihan Pengendalian Senjata, Latihan Kepimpinan, Kawad Kaki, Ilmu Pelayaran, Ilmu Pengendalian Kapal Pelayaran, Undang-Undang Maritim dan Ilmu Kawalan Keselamatan Dan Melawan Kebakaran. Kesemua Pegawai Kedet harus mengikuti setiap latihan yang dijalankan sebelum layak ditauliahkan
    Tambahan itu, terdapat banyak kelebihan dalam menyertai program Palapes antaranya mahasiswa/mahasiswi akan mendapat penginapan tetap didalam kampus selagi masih menjadi anggota Palapes, mandapat elaun latihan dan elaun pakaian dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

By: Elisabeth maillin

Perbarisan Hari Kebangsaan
Lawatan Sambil Belajar "Ilmu Pelayaran"
Lawatan Kapal
Aktiviti Mendaki Gunung Kinabalu
Aktiviti Air " Perahu Naga"

                    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan