Jumaat, 17 Januari 2014

PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM POLITIK DI MALAYSIA


Teknologi maklumat sering digambarkan sebagai istilah yang terhasil daripada penggunaan komputer.Teknologi maklumat terdiri daripada kompenan perkomputeran yang terhad kepada perkakasan (hardware) dan perisian (software) serta fungsidan tujuan peralatan yang digunakan (Caroline, 1994).Istilah komunikasi pula boleh didefinisikan sebagai “satu proses memindahkan atau menyampaikan mesej atau maklumat daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain”. Disamping itu, yang dimaksudkan dengan politik pula adalah satu sebuah seni memimpin dasar-dasar kerajaan bagi mencapai satu maklumat. Di Malaysia sistem pemerintahan yang diamalkan padahari ialah sistem demokrasi berparlimen yang mana pemimpin dipilih oleh rakyat. Di bawah ini terdapat parti-parti politik yang mempunyai pelbagai agenda dan idea untuk mentadbir negara.
Sebelum masyarakat hanya mendapat maklumat mengenai politik dalam negara berdasarkan surat khabar, radio danjuga televisyen. Kebanyakan sumber berita ini adalah milik kerajaan dan menyokong semua perkara yang berkaitan kerajaan atau maksud yang mudah difahami ialah pro kerajaan. Apabila tiba musim pilihan raya pihak kerajaan akan menggunakan media ini sebaik mungkin untuk menarik undi ataupun menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan, tetapi pada hari ini kemunculan teknologi maklumat dan komunikasi telah memberi ruang kepada individu bebas menyuarakan pendapat ataupun mengkritik pihak kerajaan. Rakyat bebas memilih sumber berita yang ingin diketahui. Contohnya, melalui penggunaan blog, facebook, twitter dan media sosial lain. Menurut Hayes (2008) dan Abbe et al (2003) mengatakan media membantu calon pilihan raya mengetengahkan isu-isu tertentu untuk dijadikan agenda perbincangan dalam kempen pilihanraya. Sebagai contoh dalam universiti, dalam pilihan raya kampus di universiti peranan teknologi maklumat sangat berguna bagi calon bertanding. Segala isu atau permasalahan yang cuba dibangkitkan amat mudah untuk disampaikan kepada mahasiswa. Penggunaan media sosial amat membantu calon Pilihan raya Kampus, kerana ianya tidak memerlukan modal yang banyak untuk berkempen berbanding sebelum ini.

Peranan teknologi maklumat dan komunikasi dalam politik juga adalah sebagai medium untuk menyampaikan dasar kerajaan. Contoh yang dapat dilihat melalui E-government ,televisyen dan radio. Fungsi E-government sebenarnya adalah sebagai satu langkah yang dilaksanakan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, melalui Unit PemodenanTadbiran Pengurusan Malaysia (MAMPU). Kerajaan telah melancarkan pelan strategik ICT sektor awam Malaysia sejak Ogos 2003 lagi demi meningkatkan penggunaan dalam sistem penyampaian. Pada masa yang sama, langkah ini dianggap dapat mengurangkan jurang digital dalam mengorak langkah yang baik kearah dunia tanpa sempadan serta memudahkan rakyat untuk mendapat maklumat yang disampaikan oleh kerajaan. (Oates B,2003)

Disediakan oleh: Azizan Alias

Tiada ulasan:

Catat Ulasan