Isnin, 4 November 2013

Kemudahan IT meningkatkan kualiti dalam pendidikan di UMS.



Isnin 04 November - Media dan Pendidikan Unit Teknologi Universiti Malaysia Sabah berjaya melaksanakan pelan tindakan UMS, dimana pekhidmatan IT telah diselenggara dengan cekap sebagai sumber berharga dan dianggap sebuah aset strategik Universiti yang penting dalam pendidikan bagi memudahkan pelajar dan kakitangan UMS.
Perkhidmatan IT yang lengkap disediakan kepada semua sekolah pusat, unit dan pejabat pentadbiran, bangunan tempat tinggal,dan perpustakaan turut mengekalkan unit-unit sokongan computer untuk memenuhi keperluan tertentu pelajar,fakulti dan kakitangan UMS.
Unit Teknologi turut menyediakan kemudahan untuk pengeluaran CD-Rom, grafik 2D, manipulasi imej dan peningkatan dalam imbasan imej, fotogrfi digital, audio/video pengambilalihan digital dan penyuntingan media.



  Perkhidmatan IT di perpustakaan UMS.


Disediakan Oleh : Elisabeth Maillin



Tiada ulasan:

Catat Ulasan