Khamis, 28 November 2013

PROVOKASI DALAM PENULISAN



Pada 19.4.2013 telah diadakan program ‘sembang kopi’ yang berlangsung di Sekolah Pengajian Seni (SPS). Dalam program ‘sembang kopi’ SPS yang diadakan kali ini membincangkan perkara tentang ‘Provokasi Dalam Penulisan’. Provokasi mengikut kamus dewan edisi keempat adalah bermaksud sesuatu penyebaran berita atau maklumat yang bersifat hasutan, perbuatan yang membangkitkan kemarahan, minat, menimbulkan, mencetuskan dan sebagainya. Secara tuntasnya, provokasi boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu provokasi positif dan provokasi negatif.
Senjata yang paling tajam dan berbisa sekali adalah media penulisan berbanding dengan peralatan senjata yang lain kerana ia mampu mempengaruhi pemikiran publik melalui penulisan yang kreatif dengan cara idealisme. Melalui media penulisan yang menyentuh isu perkauman kaum boleh menyebabkan boleh menyebabkan berlakunya perbalahan antara kaum. Oleh itu, dalam dunia yang serba canggih dengan teknologi yang semakin maju lebih membantu pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membuat provokasi peperangan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac 2013 dengan bersumberkan maklumat yang tidak benar sehinggakan penduduk-penduduk tempatan Sabah mahupun orang dari semenanjung yang tinggal dan juga pelajar yang belajar di Sabah berasa terancam dan takut dengan provokasi yang dilakukan melalui laman sesawang iaitu laman Muka Buku, Twitter, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan sebagainya.
Oleh itu, provokasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah adalah provokasi negatif. Kesan-kesan provokasi negatif terhadap pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu adalah telah memberikan kesan kepada ekonomi persekitaran. Akibat daripada provokasi yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab banyak kedai-kedai yang berdekatan kawasan pencerobohan berlaku telah ditutup kerana bimbang akan keselamatan dan juga kerugian yang lebih besar terpaksa ditanggung oleh mereka. Oleh itu, ramai penduduk di kawasan berhampiran terputus bekalan makanan dan menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan daripada pihak yang berwajib untuk menghantar bekalan makanan kepada mereka. Ada juga yang telah berpindah ke rumah saudara yang lebih selamat untuk berlindung buat sementara waktu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga masing-masing
Selain itu, dalam kesan sosial pula, provokasi ini telah memberikan impak yang buruk kepada mahasiswa dan mahasiswi yang datang dari negeri-negeri semenanjung mahupun dari Sabah sendiri contohnya yang menuntut di Universiti Malaysia (UMS) Sabah, kampus Labuan Sandakan. Pelajar-pelajar tersebut terpaksa dipindahkan ke kampus induk UMS dan kampus di Labuan juga telah ditutup bagi menjamin keselamatan para pelajar tersebut. Oleh itu, kesan daripada perkara ini telah menyebabkan proses pembelajaran para pelajar.
Oleh hal yang demikian, para mahasiswa dan mahasiswi perlulah berfikiran terbuka atau berfikir secara kritis dalam menerima Sesuatu provokasi yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini agar para pelajar dapat menghadapi masalah ini. Mahasiswa adalah merupakan agen keamanan dan keharmonian sesebuah  organisasi atau Negara. Dengan berfikir secara krtis, mahasiswa dapat memikirkan sesuatu yang terbaik sebelum mengambil sebarang keputusan secara terburu-buru demi keselamatan diri dan Negara.

 Disediakan oleh: Muhd Azizan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan