Khamis, 28 November 2013

PERASMIAN TAMU GADANG MAJLIS KONVOKESYEN KE- 15


Jumaat, 22 November – Tamu Gadang Majlis Konvokesyen Ke- 15 dengan jayanya dan berjalan seperti yang dirancang oleh pihak pengurusan UMS dengan bangganya dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin telah Berkenan merasmikan Tamu Gadang sempena Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke- 15 yang berlangsung pada hari isnin.
Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin yang juga merupakan Canselor UMS telah mennyempurnakan perlafasan perasmian semalam adalah berlangsung di Padang Kawad PALAPES yang merupakan juga lokasi berlangsungnya Tamu Gadang iaitu sehingga 25 November 2013. Para jemputan yang terut sama menjaya dan memeriahkan serta pelancaran majlis perasmian Tamu Gadang ialah Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni, yang merupakan juga Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tun Dato' Seri Zaki Tun Azmi sebagai Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah juga sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof. Madya Datuk Dr. Hj Kasim Md Mansur dan Pegawai-Pegawai Utama UMS. Tanpa sokongan yang padu daripada pihak di atas, majlis ini tidak akan dapat berjalan selancar ini. Walaupun semua di atas terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, namun demi menjayakan majlis ini mereka sanggup mengorbankan masa mereka.
Pertama sekali, Datuk Dr. Hj Kasim dalam ucapannya berkata dengan penuh perasaan yang gembira dari raut wajahnya, Tamu Gadang pada kali ini sangat meriah dan berlainan daripada yang biasanya diadakan. Katanya lagi, hal ini berkemungkinan Tamu Gadang pada kali ini di adakan di tempat yang baru dan kawasan yang lebih luas serta dapat memasukkan pelbagai sajian aktiviti yang menarik yang secara langsungnya menarik perhatian orang ramai.
Ujarnya lagi, penganjuran yang menjadikan pelajar itu sendiri sebagai pengendali utama juga sangat menepati citarasa dan bertepatan dalam memastikan meningkatkan nilai kemahiran insaniah dalam diri seseorang mahasiswa mahupun mahasiswi. Dengan penglibatan para pelajar dalam proses penganjuran sesuatu aktivit atau program sekali gus melahirkan graduan yang berdaya saing dan berminda kelas pertama serta dapat memenuhi kehendak negara kita pada hari ini yang sangat memerlukan para graduan yang serba boleh.
  Selain itu, antara aktiviti yang diadakan semasa Tamu Gadang berlangsung termasuklah pameran kereta dan motor berhias, Family Cycling, pertandingan memancing dan banyak lagi. Tamu Gadang tahun ini turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Ana Rafali, LanThe Typewritter, Felix Agus, Velvet AF, Nelly Sakura, Fiq Mentor, Fitri Harris, Heliza AF, Ray Juara Bintang RTM, Muaz dan Lotter AF. Dengan aktiviti dan kehadiran para artis ini sangat berpengaruh dalam menarik perhatian orang ramai untuk mengunjungi Tamu Gadang.
Seterusnya, kira-kira 200 gerai pameran dan jualan turut disediakan kepada pengunjung dan graduan yang bergraduasi pada tahun ini. Pada pandangan Datuk Dr. Hj Kasim, Tamu Gadang pada kali ini pastinya tidak akan mengecewakan para pengunjung yang menghadiri Tamu Gadang pada Kali ini.


Disediakan oleh:
M. Azizan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan