Rabu, 27 November 2013

PROGRAM GOTONG-ROYONG BELIA 1MALAYSIA

Pada 22hb dan 23hb november 2013 pusat kokurikulum Universiti Malaysia Sabah telah bertolak ke Tenom untuk menjalankan aktiviti gotong royong. Universiti Malaysia sabah telah bekerjasama dengan Pusat Kebudayaan Rumah Murut Tenom Sabah dalam menjayakan aktiviti gotong royong ini. terdapat dua kumpulan dari pusat kokurikulum yang berlainan bergabung dalam menjayakan aktiviti ini, iaitu daripada tarian sabah dan tarian rakyat. Tarian sabah mempunyai dua seksyen iaitu seksyen satu dan dua. Begitu juga dengan tarian rakyat, tarian rakyat juga mempunyai dua seksyen. Seeramai 168 orang pelajar yang telah mengikuti aktiviti ini, belum termasuk para pengajar dan pemandu bas yang lain. namun terdapat sesetengah pelajar yang tidak dapat datang kerana mempunyai masalah yang tersendiri.
Kami telah bertolak dari Universiti Malaysia sabah ke Tenom pada pukul 2.00 petang dan telah tiba di rumah kebudayaan murut pada pukut 7.00 malam. Setibanya kami disitu, kami telah disuruh berkumpul didalam dewan auditorium untuk mendengar sedikit taklimat berkenaan dengan rupah pusat kebudayaan murut tersebut. pada masa itu juga kami telah diberikan kumpulan untuk melakukan tugas yang berlainan pada keesokan harinya. Setiap kumpulan juga telah diberikan nama kumpulan mengikut sub etnik kaum murut.
Keesokan harinya kami telah berkumpul bersama-sama semula pada pukul 6.45 pagi untuk melakukan senamrobik. Senamrobik tersebut dikendalikan oleh pengajar dari tarian rakyat. Selesai aktiviti senamrobik ini kami diberikan sarapan pagi. Tepat jam 7.30 pagi aktiviti gotong-royong telah dijalankan beramai-ramai. Terdapat 8 kumpulan yang berlainan, dan setiap kumpulan diberikan tugasan yang berlainan. Ada yang memotong rumput, membersihkan longkang, membersihkan rumah kebudayaan murut tersebut, mengangkat barang dan sebagainya.
Tidak ketinggalan juga demonstrasi daripada bomba dan penyelamat. Pihak bomba dan penyelamat telah datang ke rumah kebudayaan murut tersebut untuk memberikan demonstrasi begaimana memadam api yang tengah marak. Dan seterusnya mengajar menggunakan alat pemadam api.
Selesai aktiviti gotong royong semua pelajar telah diberikan rehat selama sejam dalam membersihkan diri sekali gus makan tengah hari. Petang itu tepat jam 3.00 petang kami disuruh berkumpul semula untuk menjalankan majlis penutupan. Majlis penutupan ini dimeriahkan lagi dengan persembahan penari daripada pusat rumah kebudayaan murut itu sendiri dan para pelajar yang dipilih untuk membuat persembahan peda petang tersebut. majlis penutupan berakhir pada pukul 5.00 petang.sesi bergambar telah dijalankan beramai-ramai dan tepat jam 6.00 petang semua orang telah menaiki bas untuk pulang ke kolej kediaman masing-masing.






gambar bersama dengan kawan-kawan yang telah menjayakan aktiviti gotong-royong ini.

dikarang oleh,
Calista Nadia Lusin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan