Ahad, 17 November 2013

12 FEB 2013 LAHAD DATU DI CEROBOH

                                     


Pada 12 Februari 2013 sekumpulan pengganas dari Filipina iaitu dari kaum Sulu telah menceroboh masuk ke Sabah iaitu di Lahad Datu kerana menganggap ia merupakan tanah milik Kesultanan Sulu. Sekumpulan pengganas ini dipercayai diketuai oleh adik Sultan Jamalul Kiran sendiri dan ianya telah menyerang anggota keselamatan negara yang bertugas pada masa itu. Dalam serangan tersebut telah meragut nyawa beberapa orang anggota keselamatan negara. Dalam masa yang sama juga pasukan polis negara kita telah berbalas tembakan dengan sekumpulan penceroboh tersebut. Pihak pengganas Sultan Sulu ini telah bergerak ke Semporna, Sabah di mana pengganas tersebut telah membuat kekacauan di Semporna pula. Semasa anggota kita berbalas-balas tembakan dengan sekumpulan pengganas tersebut, anggota keselamatan negara telah terkorban akibat daripada tipu muslihat musuh. Menurut sumber yang di peroleh dalam kejadian tipu muslihat itu, seramai 8 orang anggota keselamatan negera terkorban dalam kejadian tersebut. Akibat daripada kejadian tersebut, banyak kedai-kedai telah ditutup kerana bimbang akan keselamatan yang semakin terancang kerana pihak pengganas bertindak tidak menghiraukan orang awam.
Dalam menangani masalah pencerobohan ini, kerajaan Malaysia telah mengarahkan pihak penceroboh menyerah diri dan mahu berunding tanpa melibatkan pertumpahan darah di bumi Sabah ini, namun pihak musuh enggan berbuat demikian. Oleh itu, kerajaan menyerahkan tugas tersebut kepada pihak polis agar perang tidak berlaku tetapi pihak musuh masih lagi menyerang anggota keselamatan negara kita. Selepas itu, barulah Anggota Tentera Malaysia (ATM) mengambil alih tugas untuk melindungi negeri Sabah. Setelah  ATM mengambil tugas ini, tiada lagi kompromi terhadap pihak penceroboh tersebut dan misi utama ATM adalah menghapuskan semua pihak penceroboh tersebut. Setelah menerima arahan, anggota ATM telah melancarkan serangan dengan bantuan anggota penembak tepat di kawasan fokus iaitu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dimana tempat ketua penceroboh iaitu Raja Muda Azzamudie yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiran III bersama 100 orang pengikutnya berkubu. Menurut laporan yang diterima, seawal jam 1.45 pagi anggota ATM memulakan serangan tersebut yang dikenali sebagai Ops Sulu telah mengorbankan lebih kurang 30 orang penceroboh terbunuh. Kemudianya Ops Sulu tersebut telah sebagai Ops Daulat telah dijalankan di pantai timur Sabah. Selain itu, pihak polis juga berjaya menahan empat lelaki yang dipercayai anggota pengganas Sultan Sulu di Kampung Sri Jaya, Simunul yang terletak kira-kira lima kilometer dari sini semalam. Menurut sumber, serbuan itu dilakukan adalah hasil daripada maklumat risikan dan orang awam yang mendakwa terdapat pergerakan  luar biasa pada waktu malam dua hari lalu di kampung tersebut.
Akibat daripada kekacauan puak Sulu ini telah mengakibatkan banyak pertumpahan darah berlaku di Sabah dan sekali gus telah menjejaskan ekonomi di Sabah ini kerana sikap yang tidak bertanggungjawab yang berpunca daripada kekacauan tersebut. Banyak sekolah telah ditutup malah kampus UMS di Labuan terpaksa ditutup kerana ketiadaan bekalan makanan dan demi menjamin keselamatan pelajar. Oleh itu, pihak kerajaan telah mengarahkan anggota keselamatan memperketatkan kawalan dan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku, malah anggota ATM dari semenanjung juga telah diarahkan bertugas di Sabah bagi menjamin keselamatan penduduk Sabah.

Disediakan oleh: Muhamad Azizan Bin Alias

Tiada ulasan:

Catat Ulasan