Selasa, 26 November 2013

ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (APK) DIPERINGKAT PRASISWAZAH UMS



Isnin, 18 November – Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah  menganjuran Ekspo APK kali ke-9 peringkat Prasiswazah selama lima hari berturut-turut. Anjuran ekspo APK ini berlangsung pada 18hb-22hb November, bermula pukul 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang, yang bertempat di perkarangan Perpustakaan UMS. Ekspo APK ini dikendalikan oleh para pelajar sendiri di mana gerai-gerai yang terlibat semuanya terdiri daripada siswa-siswi Universiti Malaysia Sabah.
Aktiviti keusahawanan ini merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan penglibatan pelajar IPTA dalam keusahawanan. Disamping, menjadikan asas pembudayaan keusahawanan ini sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan memperluaskan daya saing terhadap ekonomi dalam Negara mahupun luar Negara. Justeru, penglibatan belia amatlah digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan ini pada peringkat awal bagi menimba pengalaman dan ilmu perniagaan secukupnya.
Berdasarkan kesedaran pihak Universiti Malaysia Sabah akan persaingan yang semakin mencabar digenerasi yang mendatang ini dan pentingnya penglibatan golongan mahasiswa dalam membudayakan keusahawanan ini sekali gus mewajibkan pelajar pada peringkat prasiswazah mengambil Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK) yang bertujuan menggalakkan aktiviti keusahawanan dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi Universiti.
Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan (APK), ini tidak terhad kepada pelajar jurusan perniagaan sahaja, malahan kursus ini adalah terbuka yang mengalu-alukan penglibatan daripada pelajar jurusan lain, seperti bidang sains dan bidang sastera bagi memenuhi keperluan pensyaratan penerimaan Ijazah. Disamping itu,penganjuran ekspo APK ini, dapat memberi pengalaman serta peluang kepada para pelajar untuk menjalankan perniagaan dengan menjual hasil keluaran mereka sendiri sebagai implementasi terhadap segala teori dalam asas keusahawanan yang telah di kuliahkan.
Sempena penganjuran ekspo APK buat kali ke-9 ini, UMS yang membawa tema “Make It Happen ini telah berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar dan kakitangan UMS ketika itu. Suasana yang penuh dengan keriuhan suara pelajar dalam mempromosikan hasil barangan kreatif dan jualan makanan mereka itu turut menambah kemeriahan suasana ekspo APK tahun 2013 kali ini. Antara hasil yang diniagakan termasuklah barangan kreatif hasil usahasama dan inovasi daripada mahasiswa UMS sendiri.


koleksi gambar sempena berlangsungnya ekspo APK kali ke-9 UMS

Menu Jualan Makanan Pelajar
Hasil Barangan Kreatif Pelajar

Koleksi Tudung Yang Di Jual Oleh Pelajar.

Barangan Kreatif Pelajar
Di sediakan oleh : Elisabeth Maillin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan