Isnin, 25 November 2013

Dialog Orang Seni



Kota Kinabalu, 22 november 2013 sekolah pengajian seni universiti malaysia sabah telah  mengadakan satu program yang cukup istimewa iaitu “Dialog Orang Seni” yang merungkai tajuk “Haruskah Seni”. Program ini bermula pada jam 3.00 petang sehingga jam 5.00 petang telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelajar-pelajar. Program yang dianjurkan oleh pelajar tahun 2 seni kreatif kluster penulisan di bawah pensyarah EN. Lokman Abd Samad telah menjemput beberapa ahli panel. Antaranya ialah PROF.MADYA.DR. Suwait Tapah pensyarah daripada UITM dan Tuan Haji Samin bin Ongki daripada (YADIM) serta moderator dikasihi iaitu En Sharifudin Zainal pensyarah sekolah pengajian seni.

Kesemua ahli panel telah merungkaikan persoalan yang diutarakan oleh pelajar-pelajar. Antara isu perbualan yang hangat yang dibincangkan adalah berkait dengan seni. Soalan yang menarik perhatian “adakah seni harus atau seni itu haram dalam kehidupan”. Ahli panel pertama iaitu Tuan Haji Samin berkata dalam hujahnya mengatakan bahawa seni itu perlu dan harus dalam kehidupan. Beliau mengatakan seni bukan sahaja tergolong dalam persembahan teater, tarian,nyayian dan lain-lain. seni juga boleh dikaitkan dengan dakwah. Beliau berkata jika kita bijak menggunakan seni,seni boleh mengjadikan tarikan untuk kita berdakwah melaui seni. Contohnya, apabila ingin melakukan persembahan gunakanlah cara berpakaian yang beradab atau cara yang betul dalam agama yang tidak menjolok mata.  

Prof.Madya.Dr. Suwaid Tapah pula telah menjawab persoalan yang dilemparkan oleh pelajar iaitu “benarkah menurut pandangan sesetengah masyarakat mengatakan bidang seni bidang yang paling rendah nilainya selepas bergraduasi.” Beliau mengatakan bidang seni adalah paling rendah itu merupakan persepsi masyarakat terhadap seni. Menurut beliau  seni bukan hanya fokus kepada hiburan semata-mata.  Seni ini merupakan satu bidang yang luas dalam bidang pekerjaan, contohnya seni perbinaan, seni akuakultur, seni kulinari dan lain-lain katanya. Oleh itu, kita sebagai orang seni perlu mengubah persepsi masyarakat bahawa seni itu indah dan seni itu besar bidannya.

Akhir kata program sebegini perlu diteruskan supaya isu-isu yang menarik dapat dikupas dan diselidik kepentingannya. Banyak feadah yang diperolehi melaui program yang telah dianjurkan ini. Selain memberanikan diri pelajar-pelajar untuk melemparkan hujahnya masing-masing, disamping dapat berkongsi sedikit ilmu yang diperolehi oleh pelajar-pelajar.

Disediakan oleh : Hafizul Ainoddin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan