Khamis, 28 November 2013

EKSPO DALAM KURSUS ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN (APK)


Ahad, 17 November – Aktiviti keusahawanan memang begitu penting dan ianya juga merupakan pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi serta mampu membawa negara menjadi kelas pertama dengan mengawal ekonomi dengan bijak. Oleh itu, golongan belia sangatlah bersesuaian dan sangat digalakkan untuk mendalami dan menceburi sendiri bidang yang berkenaan pada peringkat awal lagi bagi menimba ilmu serta pengalaman yang secukupnya sebelum bergiat aktif secara besar-besaran dalam dunia keusahawanan agar mencapai keuntungan yang sepatutnya. Dalam dunia perniagaan ini sangatah memerlukan pengalaman secara langsung yang bermula dari peringkat bawah lagi.
Sebagai langkah permulaannya, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyedari hakikatnya bahawa kepentingan-kepentingan dalam bidang ini sangat berguna kepada para pelajar universiti sekali gus mewajibkan semua pelajar pada peringkat prasiswazah mengambil kursus asas pembudayaan keusahawanan (APK). Tujuan pihak UMS melaksanakan kursus APK ini adalah untuk menggalakkan aktiviti keusahawan dalam kalangan para siswa-siswi universiti agar menjadi aktiviti sampingan atau menjadi kerjaya masing-masing apabila bergraduasi nanti.
Penyertaan dalam kursus APK ini ianya tidak terhad kepada pelajar jurusan perniagaan sahaja, malah kursus ini semangnya wajib kepada pelajar jurusan lain seperti bidang Sains dan Sastera bagi memenuhi keperluan syarat ijazah. Dalam kursus APK ini ianya akan mengadakan Ekspo APK bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk menjalankan perniagaan dengan menjual hasil keluaran mereka sendiri sebagai implementasi terhadap teori dalam asas keusahawanan yang telah dipelajari di dalam kelas.
Oleh itu, dengan mengikuti kursus APK, jelas mampu mendedahkan para siswa-siswi kepada persekitaran perniagaan yang sebenar yang semakin luas dan mencabar apabila permintaan pada masa ini memaksa para usahawan untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Sehubungan itu, orang ramai sangat penting dalam menjayakan ekspo tersebut bagi menyokong hasil keluaran kreatif dan inovatif para pelajar untuk diniagakan. Antara yang diniagakan termasuklah barangan kreatif hasil usahasama dan inovasi daripada mahasiswa UMS.

Disediakan oleh:

M. AZIZAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan