Ahad, 17 November 2013

MALAM PUISI RIONG UMS


KOTA KINABALU, 11 September 2013: Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan malam Puisi Riong bersempena sambutan kemerdekaan yang ke-56.

Program ini diadakan adalah untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan siswa dan siswi di Universiti.

Antara tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut, YB Dato Hj Mohd Ariffin Md Arif, YB Prof Datuk Hamdan Adnan selaku Dekan Sekolah Sains Sosial(SSS), Dato Awang Musaman Awang Mahmud dan Prof Madya  Datuk Dr Hj Kassim Hj Md Mansur.

Majlis bermula kira-kira jam lapan malam bertempat di dewan Canselor UMS. Objektif utama Program ini diadakan adalah untuk melahirkan Mahasiswa dan mahasiswi yang cemerlang dan program ini turut diadakan diseluruh Universiti di Malaysia.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) iaitu Prof Dr Mohd Harun Abdullah telah merasmikan majlis tersebut yang disaksikan hampir 1000 pelajar.

“Mahasiswa dan Mahasiswi perlu tanamkan azam bahawa kita perlu berkhidmat untuk menyumbangkan idea, usaha, dan tenaga ke arah mengukuhkan lagi Malaysiaku berdaulat, tanah tumpah darahku,” katanya pada majlis tersebut.

Beliau juga turut menegaskan bahawa, kepentingan kemerdekaan tidak boleh dijual beli, perlu di pupuk dengan semangat patriotism yang tinggi serta perpaduan dalam diri masing-masing.

Program yang dianjurkan bersama Berita Harian, yang diwakili  Datuk Mior Kamarul Shahid iaitu selaku ketua pengarang Berita Harian, Dewan pendidikan Melayu Malaysia Sabah dan Atika interprise SDN. BHD.

Pada malam itu juga turut diadakan persembahan nyanyian dan dendangan puisi daripada pelajar serta sastrawan Negara terutama sekali satrawan dari negeri bawah bayu.

Program Puisi Riong ini dapat menarik perhatian mahasiswa dalam Universiti terutamanya dalam karya sasterawan bagi memperkayakan penggunaan bahasa Melayu.

Menurut seorang pelajar UMS yang mahu dikenali sebagai Nur Saiba, 22, berkata, beliau amat terhibur dengan majlis malam Puisi Riong ini kerana dapat meninba  pengalaman indah dalam karya saterawan serta mesej yang ingin disampai oleh para peserta sangat menyentuh jiwa.

“Seboleh-bolehnya program ini diadakan setiap tahun kerana banyak manfaat yang diperoleh selain dapat mencungkil bakat para mahasiswa dan mahasiswi.” Katanya.

Ditanya mengenai samaada pihak UMS akan terus bekerjasama dengan Berita Harian dalam pelbagai program yang akan dilaksanakan di Universiti ini bagi memperkasakan sistem pendidikan, Mohd Harun berkata ianya masih dalam perancangan.

Harapan beliau agar pihak universiti Malaysia Sabah dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak akhbar Berita Harian.

Dikarang Oleh : Hafizul Ainoddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan