Sabtu, 9 November 2013

BAGAIMANA DENGAN CUTI ANDA


Kebanyakan universiti yang ada di Malaysia ini telah bercuti selama seminggu, untuk persediaan sebelum peperiksaan percubaan bermula. Termasuklah tempat saya belajar iaitu di Universiti Malaysia Sabah. saya mengambil kos seni kreatif dan mengambil jurusan penulisan kreatif. Belajar di Universiti banyak cabarannya, kita perlu mempunyai mental dan fizikal yang kuat untuk sentiasa berdepan dengan cabaran. Contohnya, dalam cuti seminggu ini saya dan rakan-rakan sekelas diberi banyak tugasan untuk disiap dan mesti dihantar selepas balik dari bercuti. Memang memenatkan kerana disamping itu kami juga perlu belajar dan membaca apa yang keluar sewaktu peperiksaan percubaan itu nanti.

Namun dengan adanya kawan-kawan dan pensyarah yang memberikan semangat kepada kami semua untuk terus berusaha, membuatkan kami seumua tidak akan berputus asa untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Bukan kami juga merasakan sebegitu, semua pelajar di universiti Malaysia Sabah juga merasakan hal yang sama. Oleh itu kita sebagai mahasiswa yang cemerlang haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang menghadapi kita semua.







dikarang oleh,
Calista Nadia Lusin


1 ulasan: