Isnin, 4 November 2013

“Semarak bulan bahasa”





26 0ktober 2013-  sekolah pengajian seni dibawah program seni kreatif telah terpanggil untuk menjayakan “ semarak bulan bahasa” di one borneo hypermall, Kota Kinabalu dengan kerjasamasa Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Sabah. Objektif utama dianjurkan “ Samarak Bulan Bahasa” adalah untuk memartabatkan bahasa melayu di negara kita. Peryertaan sekolah pegajian seni kreatif di bawah kluster penulisan  telah memeriahkan lagi aktiviti yang dijalankan. Banyak persembahan yang dipersembahkan oleh pelajar seni kreatif.  Antaranya, persembahan skeksa, syair, sajak, pantun,  nyayian dan tarian tradisional zapin dan joget. Semua para tetamu terhibur di atas  persembahan yang dipersembahkan ole kami, mahupun program yang telah dijalankan. Program sebegini perlu di terapkan lagi supaya siswa dan siswi dapat memperolehi pengalaman baru dan ilmu semasa melakukan aktiviti di luar kawasan universiti. Sekolah pengajian seni berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka di atas jemputan bagi menyemarakkan lagi  program yang telah di jalankan. Jelas di sini, pelajar-pelajar sekolah pengajian seni di bawah kluster penulisan bukan hanya berada bilik sahaja, malah mempunyai bakat  tersendiri untuk di tonjolkan kepada pelajar-pelajar lain bahawa pelajar penulisan boleh pergi jauh lagi dalam dunia seni. Semakan Bulan Bahasa kita walaupun dimana kita berada.

Disediakan oleh
Hafizul bin Ainoddin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan