Selasa, 26 November 2013

Majlis Perarakan Berjubah Graduan Universiti Malaysia Sabah(UMS).


UMS Mengangkat Tema Universiti Dan Komuniti - Kesepaduan Demi Kedaulatan Negara..

RABU, 20 NOVEMBER – Majlis Perarakan Berjubah Graduan Universiti Malaysia Sabah(UMS) telah menjadi suatu tradisi tahunan setiap kali Majlis Konvokesyen Universiti tiba. Majlis Perarakan Berjubah Graduan Universiti Malaysia Sabah ini telah berlangsung selama sehari, yang bertempat di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Perarakan ini telah dirasmikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu iaitu Datuk Abidin Mandingkir dengan jayanya.
Perarakan lintas langsung bermula pada jam 9.00pagi dari Dewan Masyarakat Kota Kinabalu ke Bangunan Dewan Bandaraya kota Kinabalu sejauh 0.8 kilometer. Pada majlis perarakan itu, seramai 65 wakil graduan universiti yang berarak diiringi anggota Pasukan Latihan Simpanan UMS (PALAPES) yang terdiri daripada Palapes Darat, Palapes Laut,Palapes Udara, Kor Sukarelawan Siswa-Siswi (SUKSIS) serta Kumpulan Pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Perarakan Majlis Berjubah ini yang membawa tema Universiti dan Komuniti- Kesepaduan Demi Kedaulatan Negara, memperjelaskan betapa kita mempunyai peradaban yang tinggi dengan membawa simbol keutuhan dalam ketamadunan dan simbiosis terhadap anjakan paradigma dan variasi hikmah dalam mengeratkan tali silaturrahim, disamping memantapkan keharmonian dan kesarjanaan, serta kemajuan modal insan untuk sektor pembangunan kepada bandaraya Kota Kinabalu. Tambahan itu, perarakan ini menonjolkan pengukuhan dalam pendidikan kewarganegaraan dan semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh pasukan badan beruniform dalam Majlis Perarakan ini.
Menurut ucapan Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah selaku Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), majlis perarakan tersebut bukanlah sebagai satu pesta untuk menunjuk-nunjuk atau membuang masa, sebaliknya ianya adalah langkah-langkah yang membawa suatu mesej yang jauh lebih mendalam ke arah kebaikan dan kesepakatan universiti dan komuniti demi kesejahteraan generasi akan datang.
Dengan penganugerahan Replika Kunci sebagai simbolik keizinan dalam pembangunan dan kemajuan bandaraya Kota Kinabalu daripada DBKK kepada graduan Universiti ini diharapkan agar dapat bersama-sama memajukan Negara dalam pelbagai aspek serta memperkasakan kemajuan sektor akademia, sektor industri, awam dan sebagainya bagi menghasilkan modal insan yang berpendidikan. 

koleksi Gambar Sempena Majlis Perarakan Brjubah Graduan UMS 2013
Perarakan bermula melalui Jalan Pantai, Bandaraya Kota Kinabalu


Perarakan di Bandaraya Kota Kinabalu
Ucapan alu-aluan daripada Naib Cancelor
Badan Beruniform PALAPES LAUT dan UDARA yang turut berarak pada acara itu.
Disediakan Oleh : Elisabeth Maillin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan