Ahad, 3 November 2013

Ulasan Pilihanraya Kampus UMS

JUMAAT, 01 NOVEMBER 2013 - Pilihanraya kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang dilakukan secara serentak di Kampus Induk dan cawangannya berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan selama proses pembuangan undi.

Proses pengundian yang bermula seawal 8.05 pagi sehingga 5.05 petang menyaksikan seramai 20 calon muka baru bertanding untuk merebut 10 kerusi umum yang dipertandingkan dengan pecahan 7 di Kampus Induk, 2 di Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dan 1 di Sandakan.

Pelajar tahun 3 program Keusahawanan, Sekolah Pengajian Seni (SPE), Nurafizah Ahmad Marif mendahului senarai calon apabila berjaya meraih undian terbanyak dengan jumlah 2150 undi. 3 lagi calon wanita mengekori langkah beliau apabila berjaya memenangi kerusi umum di Kampus Induk. Mereka ialah Nurlina Arappe (1573), Shelly Arba’ani (1695) dan Noorhazana Samsuddin (1482).

Manakala 3 lagi kerusi umum di Kampus Induk di isi oleh pelajar lelaki iaitu Saripuddin Mappiasi (1946), Wong Tyan Tzu (1692) dab Fandyi Sanizan Jurup (1680). 2 Kerusi umum KAL pula di isi oleh Md Najib Rubin dan Siti Zulaikha Meseri, dan kerusi Kampus Sandakan disandang oleh Anwar Tawe yang menang tanpa bertanding.

Bagi kerusi sekolah, sebanyak 28 kerusi dipertandingkan dengan setiap sekolah memperuntukkan 2 kerusi.

Turut hadir pada proses pengiraan undi, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Shahril Yusof dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Shariff A.K Omang Al-Haj.
muka-muka peneraju UMS


Disediakan Oleh,
Geneva Jasmin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan