Ahad, 17 November 2013

CINTA KEPADA YANG ESA


                                                     
   
                                                    
Seseorang manusia pastinya mempunyai perasaan cinta dan rasa kasih sayang antara satu sama lain terutamanya rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah s.w.t dan dituruti dengan rasa cinta dan kasih kepada manusia. Tetapi tidak semua orang yang mempunyai perasaan cinta dan rasa kasih kepada Allah s.w.t sepenuh hati. Manusia yang mencintai kepada Allah s.w.t adalah manusia yang mensyukuri nikmat yang telah di berikannya dan menggunakannya sebaik mungkin. Orang-orang ini adalah orang hidupnya di redhai oleh Allah s.w.t dan kehidupan mereka ini selalunya tenang dan tanpa mempunyai banyak masalah. Seseorang insan di muka bumi ini haruslah beriman kepada-Nya seikhlas hati tanpa mengungkitnya kelak, nescaya orang-orang ini akan diterima cintanya oleh Allah s.w.t. Orang-orang yang beriman ini, cinta dan perasaan kasih sayang terhadap pencipta-Nya melebihi perasaan cinta dan kasih sayang terhadap manusia. Oleh itu, manusia yang memberikan cintanya yang ikhlas dan mengikuti segala arahannya serta meninggalkan segala larangan-Nya pasti hidup mereka ini di berkati di rahmati oleh Tuhan yang esa.
          Seseorang insan yang bernama manusia yang lahir di muka bumi ini, tidak kiralah sesiapa pun termasuklah saya sendiri harus menunaikan segala suruhan dan tidak melakukan segala larangan Allah s.w.t. Kita sebagai manusia biasa yang begitu lemah sekali harus melakukan perkara yang sangat asas dalam agama islam iaitu menunaikan solat sebanyak lima waktu sehari semalam. Selepas itu, barulah kita melakukan perkara-perkara yang sunat seperti bersedekah, menunaikan solat sunat hajat, berpuasa sunat dan sebagainya. Akan tetapi kita haruslah mengenali erti cinta itu barulah kita dapat mencintai Allah s.w.t dengan penuh kesetiaan yang tiada tandingannya.
Selain itu, cinta seseorang ataupun setiap manusia di muka bumi ini haruslah seimbang untuk mencintai seseorang dengan menilai dari segi baik buruknya dengan bersandarkan cinta kepada Allah s.w.t. Manusia yang sedang hanyut bercinta ini di beri perhatian agar tidak terjebak dengan maksiat. Oleh itu, setiap manusia yang bercinta haruslah mengenali Tuhannya dulu barulah kita dapat mengenali makhluknya. Untuk mengenali Tuhan kita pastinya kita tidak akan dapat menemui jawapannya, kita hanya dapat mengetahui sifat-sifatnya sahaja. Jikalau tidak boleh mencari cinta Allah s.w.t pastinya sesorang itu resah mencarinya dengan akal dan firasat tidak akan ke mana.
Seterusnya, kita sebagai umat Islam telah dituntut oleh agama kita agar bertaqwa kepada Allah s.w.t demi memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Segala perbuatan baik ataupun jahat yang pernah kita lakukan semasa hidup akan diperhitungkan satu persatu di akhirat kelak. Oleh itu, cinta kepada Allah s.w.t adalah cinta yang kekal abadi selamanya dalam hidup kita. Kesetiaan kita kepada Allah s.w.t haruslah dapat di ibaratkan dengan lautan api sanggup kita renangi demi mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Di samping itu, cinta kepada yang maha esa ini juga dapat kita ambil iktibar daripada junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W  yang begitu taat kepada Allah s.w.t dan sifat keperibadiaanya yang begitu mulia serta sifat sabarnya yang begitu tinggi. Contohnya, semasa beliau berdakwah beliau telah mengalami kesusahan dalam mengajak orang kafir supaya masuk islam, malah ketika itu jugalah beliau telah dilontarkan dengan najis tetapi dengan sifat sabar yang tinggi yang ada dalam dirinya beliau telah membalas kejahatan itu dengan kebaikan. Di sini, jelas sekali bahawa mencintai kepada Allah s.w.t dapat menunjukkan dapat mengajar kita erti kehidupan yang sebenar dan kita akan lebih memahami tentang kehidupan.


DISEDIAKAN OLEH: MUHAMAD AZIZAN BIN ALIAS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan